Seorang Inspektor polis dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersubahat menyebabkan kematian seorang pemilik kedai emas tujuh tahun lalu.
Mohd Taufik Peter Abdullah, 49, didapati bersalah membenarkan pistolnya diguna oleh seorang rakan dikenali sebagai S. Nagendran ketika sama-sama merompak kedai emas Max Goldsmith & Jewellery di Jalan Sultan Iskandar, di sini pada 2009.
Hakim Datuk Samsudin Hassan membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan selain mendapati keterangan tertuduh sentiasa berubah-ubah.
Selain itu, katanya, mahkamah juga mendapati ketiga-tiga saksi pembelaan mempunyai kaitan atau tali persaudaraan dengan Mohd Taufik Peter iaitu isteri, ibu dan ibu saudara.
"Sudah pasti saksi-saksi ini, atas kemunasabahan akan menyebelahi tertuduh, malah ada keterangan saksi pembelaan yang bercanggah dengan keterangan tertuduh," katanya menambah percanggahan keterangan menyebabkan mahkamah menolak pembelaan alibi tertuduh.
Mohd Taufik Peter, yang sebelum ini bertugas di bahagian narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, tenang ketika hakim menyampaikan keputusan.
Dalam kejadian pada 16 Sept 2009 antara pukul 3.30 hingga 5.10 petang, Nagendran didapati menembak mati pemilik premis tersebut, Chen Fun Kee menggunakan pistol milik Mohd Taufik Peter.
Nagendran meninggal dunia pada 2011 akibat serangan jantung.
Samsuddin berkata pemeriksaan balistik mengesahkan kelongsong peluru di tempat kejadian dan anak peluru yang berada di dalam badan si mati dilepaskan dari pistol milik tertuduh.
"Selain itu barang kemas yang dicuri ditemukan dalam kereta jenis Honda Civic milik tertuduh di rumahnya di Bandar Meru Raya," katanya.
Mohd Taufik Peter didakwa mengikut Seksyen 3A Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang boleh dihukum menurut seksyen sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffrey Ong, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Naran Singh, Muhammad Farhan Ahmad Fadzir dan Ashvinder Kaur.
Sebanyak 26 saksi pendakwaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula sejak 28 Mac 2011.
Bernama
Fri Mar 25 2016
Mohd Taufik Peter Abdullah (tengah) dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah bersubahat melakukan rompakan bersenjata tujuh tahun lalu. -Astro AWANI
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Pemandu jengkaut terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun
Zulhisham Fadly yang diwakili Mazlan Md Zain, telah dipenjarakan selama hampir 16 tahun.
Edar dadah, bapa anak satu dipenjara seumur hidup, 15 sebatan
Lelaki terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana mengedar dadah jenis kanabis seberat 495.2 gram, tiga tahun lalu.
Dakwa bunuh, nasib dua beradik, tiga rakan diketahui 22 Mac
Peguam memohon keputusan penghakiman ditangguhkan bagi membolehkan pihaknya mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Pemungut besi buruk dihukum gantung sampai mati
Mahkamah Tinggi Ipoh mendapati R Saravanan bersalah membunuh pengawal keselamatan, K Gobi Nathan pada lapan tahun lalu.
Edar methamphetamine lebih 100 gram, pekerja kontrak ke tali gantung
Hukuman ke atas Loo Yong Heng, 44, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.
Hukuman gantung Nagaenthran: MIC gesa Presiden Singapura beri pengampunan
Hari ini kira-kira 200 briged Pemuda MIC berhimpun di hadapan Suruhanjaya Tinggi Singapura di Jalan Tun Razak menyerahkan memorandum.
Peguam bersolidariti jadi 'geng botak' persis Yasin
Peguam Yasin Sulaiman, Yusmadi Yusoff mencukur rambut sebagai tanda solidariti kepada bekas penyanyi nasyid itu.
Lelaki warga asing dihukum gantung sampai mati
Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Tawau, hari ini selepas didapati bersalah memiliki dadah jenis methamphetamine tiga tahun lalu.
Edar lebih 70 kg dadah, dua ahli perniagaan di Tawau ke tali gantung
Hakim menjatuhkan hukuman ke atas Tan Teng Siong dan Tay Thong Keng selepas pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Edar dadah, 2 sahabat dihukum gantung sampai mati
Dua lelaki yang merupakan sahabat karib dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah mengedar 327.1 gram Methamphetamine di Mahkamah Tinggi Tawau hari ini.