Dalam usaha Malaysia ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi, sudah tiba masanya, rakyat memperoleh paras gaji yang bersesuaian, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Muhammad Ibrahim.
Beliau berkata paras gaji dalam pasaran buruh adalah rendah dengan separuh daripada tenaga kerja menerima pendapatan kira-kira RM1,700 sebulan, manakala purata gaji permulaan bagi pemegang diploma hanya kira-kira RM350 melebihi gaji minimum sebanyak RM1,200.
"Sejak 2014, pendapatan kumpulan isi rumah 40 peratus terendah (B40) naik sebanyak 5.8 peratus setiap tahun, bersamaan dengan RM156 sebulan.
"Bagaimanapun, perbelanjaan meningkat pada kadar yang lebih cepat sebanyak enam peratus, atau RM120 sebulan, menjadikan kumpulan B40 mempunyai wang yang sedikit untuk berbelanja," katanya pada taklimat media mengenai Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran BNM 2017 di sini hari.
Muhammad berkata paras gaji di Kuala Lumpur (KL) pada 2016 dianggarkan sebanyak RM2,700 bagi golongan dewasa, RM4,500 bagi pasangan tanpa anak dan RM6,500 bagi pasangan dengan dua anak.
"Ini hanya garis panduan yang digunakan oleh banyak negara maju untuk memberi idea mengenai paras gaji yang dianggap sesuai.
"Di Malaysia, kos sara hidup paling tinggi sebenarnya di sini, dan pada tahap tertentu, cadangan gaji minimum juga boleh diaplikasikan di Pulau Pinang dan Johor Bahru.
"Jika anda bujang menetap di Muar dan memperoleh RM2,700, anda akan hidup selesa kerana kadar sewa dan kos sara hidupnya rendah," katanya.
Katanya taraf hidup sedemikian melebihi keperluan asas, berikutan ia membabitkan penyertaan yang bermakna dalam masyarakat, perkembangan peribadi dan keluarga selain bebas daripada tekanan kewangan yang teruk.
Penetapan gaji juga perlu sepadan dengan produktiviti, dan boleh menjadi langkah ke arah kualiti hidup yang lebih tinggi di Malaysia, katanya sambil menambah gaji boleh menjadi panduan kepada tahap pendapatan yang diperlukan untuk mencapai taraf hidup yang boleh diterima.
Muhammad berkata sebanyak 27 peratus daripada isi rumah di KL memperoleh pendapatan di bawah gaji minimum, dan mereka kebanyakannya lepasan sekolah menengah dengan kemahiran kerja yang rendah hingga sederhana.
Sebaliknya, mereka yang memperoleh pendapatan melebihi gaji minimum kebanyakannya graduan dengan kemahiran yang tinggi, katanya.
Beliau berkata dapatan turut menekankan kepentingan untuk mewujudkan tenaga kerja yang dilengkapi dengan keupayaan untuk memperoleh kemahiran yang lebih tinggi dan pekerjaan dengan gaji yang tinggi, membawa kepada taraf hidup yang lebih tinggi.
"Terdapat dua aspek yang perlu dipertimbangkan, kos sara hidup dan peningkatan pendapatan - dan ini sebabnya kerajaan melaksanakan pelbagai strategi untuk mewujudkan pekerjaan dengan gaji yang tinggi," katanya.
Muhammad berkata BNM merancang untuk menubuhkan Biro Perangkaan Buruh Malaysia pada tahun depan, yang akan membolehkan kerajaan memantau mengenai peluang pekerjaan dan gaji bulanan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 28 2018
MUHAMMAD IBRAHIM: Di Malaysia, kos sara hidup yang tertinggi sebenarnya di sini (KL), dan sehingga ke tahap tertentu, cadangan gaji minimum boleh digunakan di Pulau Pinang dan Johor Bahru. -Gambar fail
Nyawa tiada nilai, maruah pula dibuat main oleh Israel
Sudahlah kejam, jijik, tidak beradap pula. Tidak cukup dengan kekejamannya membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, nyawa manusia di bumi Gaza itu bagaikan tiada nilai buat mereka. Dalam beberapa video yang tular baru-baru ini, tentera Israel dengan bangganya memperolok maruah rakyat Palestin dengan bermain pakaian dalam wanita yang ditemui di rumah-rumah penduduk di situ.
Libya giat langkah kumpul derma untuk Gaza
Libya tampil dengan beberapa inisiatif mengumpul dana untuk dihantar ke Gaza.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Kisah bayi Leila Jeneid bukti Israel tidak berhati perut
Leila Jeneid, bayi yang berusia dua bulan belum lagi berkesempatan merasai nikmat hidup dan mendapat pelukan mesra keindahan dunia. Baru sahaja mencelik mata, dia sudah diuji dengan kesengsaraan kekurangan zat sehingga menyebabkannya berakhir di hospital.
TikTok perkenal pusat pilihan raya bagi tangani info palsu
TikTok merancang untuk melancarkan pusat pilihan raya dalam talian di platform itu sebagai sebahagian daripada usaha menyokong integriti pilihan raya sepanjang 2024.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat 27 Mac susulan cuaca panas.
Puluhan wau 'warnai' langit malam Kampung Panchor
Cuaca panas yang melanda Kedah sejak kebelakangan ini dilihat sedikit sebanyak merubah rutin seharian penduduk setempat. Di Kampung Panchor, Pendang, sekumpulan anak muda telah memulakan satu aktiviti yang jarang dilihat di kawasan lain iaitu bermain wau pada waktu malam.
Dua jasad dari enam mangsa hilang ditemukan
Dua jasad daripada enam pekerja pembinaan yang hilang dalam insiden jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat telah ditemukan pada Khamis.
6 kereta, tiga rumah terjejas dalam kejadian pokok tumbang di KL
Hujan lebat di sekitar kawasan Kuala Lumpur pada petang Khamis menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menghempap kenderaan orang awam.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima lapan laporan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Bukit Jalil, Sri Petaling dan Taman Salak Selatan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima lapan laporan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Bukit Jalil, Sri Petaling dan Taman Salak Selatan.
Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza dilancar
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, iaitu antara inisiatif kerajaan Selangor bagi membangunkan semula wilayah Gaza di Palestin.
Baginda menerusi kenyataan bertitah Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), melibatkan tiga projek pembangunan di atas tanah wakaf di Gaza, yang memerlukan dana berjumlah RM8.7 juta.
Baginda menerusi kenyataan bertitah Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), melibatkan tiga projek pembangunan di atas tanah wakaf di Gaza, yang memerlukan dana berjumlah RM8.7 juta.
Tol percuma pada 8 dan 9 April sempena Aidilfitri - Nanta
Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan tol percuma selama dua hari pada 8 dan 9 April kepada semua pengguna lebuh raya bagi kenderaan kelas 1 (persendirian) yang akan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri tahun ini.
Melaka hasrat buka sekolah autisme bagi golongan kurang mampu
Kalsom berkata, ketika ini terdapat keluarga dalam kalangan B40 yang tidak mampu menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak autistik.
Bayaran haji B40 tahun ini RM12,356 - TH
TH mengumumkan kadar bayaran bagi bakal haji muassasah kumpulan B40 yang akan menunaikan ibadah itu buat kali pertama, ditetapkan pada RM12,356 seorang tahun ini.
Subsidi lebih RM4.4 juta dalam 679 Program Jualan Rahmah di Kelantan
Jumlah itu diperolehi selepas pihaknya menjalankan 679 PJR dengan hasil jualan melebihi RM24 juta di 14 kawasan parlimen.
'Ada anggota polis golongan B40, miskin bandar'
Setiap anggota baharu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh dikategorikan sebagai B40 apabila menerima gaji permulaan sebanyak RM1,441.
Skim Perubatan MADANI ringankan beban B40, rakyat harap diperluaskan
Seorang pesara berkata, skim itu dapat meringankan beban kewangan dan membantu memendekkan masa menunggu untuk rawatan.
112,887 isi rumah B40 terima manfaat Skim Perubatan MADANI
Skim itu telah mendapat sambutan yang amat positif dan menggalakkan daripada pihak berkenaan dengan sebanyak 181,460 rawatan pesakit luar telah diberikan setakat ini.
KLAS Renang B40 dapat sambutan, KBS sasar lebih 5,000 peserta fasa kedua
KBS menyasarkan seramai 5,760 kanak-kanak, berumur enam hingga 12 tahun, untuk menyertai program Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) bagi fasa kedua mulai September hingga Disember ini.
Rohto Eye Care bantu murid B40 dapat penjagaan kesihatan mata
Kesihatan mata merupakan masalah utama kesihatan global yang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.
Program Jualan Ehsan Rahmah diperluas ke 12 lokasi sehari bermula Ogos
Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang dilaksanakan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diperluas ke 12 lokasi sehari bermula 1 Ogos ini berbanding sembilan lokasi sebelum ini.
200 lesen bas PSV percuma ditawarkan kepada golongan B40 di Pantai Timur
Sebanyak 200 Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) bas ditawarkan kerajaan secara percuma khusus kepada golongan B40 di negeri Pantai Timur, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.