Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mahu kerajaan membahaskan Laporan Tahunan Suhakam 2018 dalam sidang Parlimen pada Julai sebagai sebahagian daripada pembaharuan Suhakam.
Pemangku Pengerusinya, Jerald Joseph berkata menerusi perbahasan itu, masalah hak asasi manusia dapat ditangani secara efektif.
"Laporan kami tidak pernah dibahaskan sebelum ini dan kami berharap ia dapat dibahaskan. Inilah kebertanggungjawapan kami di Parlimen," katanya selepas pelancaran Laporan Tahunan Suhakam 2018 di sini pada Jumaat.
Joseph berkata Suhakam mahu Menteri yang bertanggungjawab mengenai undang-undang, V.K. Liew membangkitkan usul bagi laporan itu dibahaskan selepas ia dibentangkan pada 11 April, hari terakhir sidang Parlimen yang pertama.
Manifesto Pakatan Harapan telah menyebutkan bahawa laporan tahunan Suhakam akan dibahaskan di Parlimen supaya cadangan yang diusulkan mendapat perhatian yang sesuai.
Joseph berkata laporan itu harus dibahaskan kerana mengikut Akta Suhakam, suruhanjaya itu bertanggungjawab kepada Parlimen. Laporan Suhakam telah dibentangkan di Parlimen sejak 2000 tetapi tidak pernah dibincangkan.
"Ini adalah untuk Anggota Parlimen kita mengambil bahagian dalam isu berkaitan hak asasi manusia. Kami bersedia untuk menyediakan apa jua jawapan yang diperlukan Liew bagi perbahasan ini," katanya.
Sementara itu, Joseph ketika membentangkan laporan tahunan itu mendedahkan Suhakam menerima 1, 180 aduan pada 2018, peningkatan hampir 50 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Beliau berkata 558 aduan itu datang dari Sabah mengenai orang tanpa kerakyatan dan Suhakam telah membawa perkara itu kepada Jabatan Pendaftaran Negara.
"Antara aduan yang diterima adalah 381 mengenai hak kewarganegaraan, 35 hak untuk memiliki harta dan 16 hak pekerjaan dan hak pekerja asing," katanya.
Laporan itu juga menyatakan terdapat kira-kira 2,599 kanak-kanak tanpa warganegara di Malaysia.
Joseph berkata Suhakam berminat untuk mencari penyelesaian mengenai perkara ini dengan memanggil mesyuarat peringkat tinggi dengan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen kerana tanpa dokumen yang betul, mereka akan dinafikan hak untuk mengakses sekolah dan pendidikan, serta memberi kesan yang ketara ke atas kehidupan mereka.
Aduan lain yang diterima di Malaysia barat adalah penangkapan, penahanan dan dalam buangan (109), hak untuk taraf hidup yang mencukupi (54) serta kebebasan dan keselamatan oknum (34).
Bernama
Fri Apr 19 2019
Jerald berkata 558 aduan itu datang dari Sabah mengenai orang tanpa kerakyatan dan Suhakam telah membawa perkara itu kepada Jabatan Pendaftaran Negara. - Gambar fail
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
AWANI Ringkas: PM: Isu PKR Sabah akan diselesaikan segera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
DNB nafi dakwaan tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman
Digital Nasional Bhd (DNB) dengan tegas menafikan dakwaan bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman serta menolak sebarang gambaran negatif terhadap amalan tadbir urus dan perolehannya.
Adakah ia akan mencetuskan perang lebih besar & dahsyat di Asia Barat?
Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam, Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang
KPN Razarudin ucap takziah pemergian Tun Hanif Omar
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga bekas KPN, Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada awal pagi Sabtu.
Keperibadian Tun Hanif tegas ketika melakasanakan tugas
Ketegasan dalam melaksanakan tugasan.
Itu merupakan salah satu keperibadian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sepanjang melakar perkhidmatannya di dalam kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara itu dikongsikan sahabat rapat Allahyarham, Tokoh Pentadbiran , Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Itu merupakan salah satu keperibadian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sepanjang melakar perkhidmatannya di dalam kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara itu dikongsikan sahabat rapat Allahyarham, Tokoh Pentadbiran , Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Perjalanan terakhir Tun Mohammed Hanif Omar di Masjid Negara
Faida Rahim, Wartawan Astro AWANI
Tun Hanif Omar Ketua Polis Negara terlama dan termuda
Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar melakar sejarah dalam perkhidmatan Sang Saka Biru.
sebagai individu paling muda dan lama menerajui tampuk kepimpinan pasukan keselamatan negara.
sebagai individu paling muda dan lama menerajui tampuk kepimpinan pasukan keselamatan negara.
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
Imigresen laksana pemantauan 'omnipresence' di sekitar ibu negara
Antara kawasan tumpuan ialah KLCC, Jalan Silang, Kota Raya, Bukit Bintang dan Chow Kit.
Aidilfitri: QRT bertugas 12 jam bantu kelancaran operasi kaunter pemeriksaan CIQ BSI
Terdapat seramai 12 pegawai QRT ditempatkan di BSI, yang berperanan sebagai pegawai gantian melibatkan kesemua kaunter laluan pemeriksaan kenderaan.
Isu dakwaan kekerasan di depoh tahanan Imigresen, masih tiada wakil HRW tampil - KDN
Katanya, pihaknya sudah menyatakan kesediaan untuk bersemuka, namun sehingga kini, NGO itu masih belum memberi sebarang maklum balas.
Perlis akan cadang pintu sempadan Padang Besar dibuka hingga 12 tengah malam
Pihaknya akan menyediakan kertas cadangan untuk dipertimbangkan KDN, dengan proses menyiapkan kertas itu dijangka bermula selepas raya.
Seludup warga asing: Tiga pegawai imigresen, dua orang awam direman lima hari
Perintah reman hingga Ahad ini dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Sedang leka bekerja, 12 PATI ditahan di restoran popular Ipoh
Pemeriksaan dilakukan di dua lokasi iaitu sebuah restoran yang sangat terkenal di Ipoh dan rumah kedai yang terletak di tingkat atasnya.
KDN laksana kajian panjangkan tempoh sah laku pasport kepada 10 tahun - Saifuddin Nasution
Ketika ini tempoh sah laku pasport Malaysia adalah selama lima tahun berbanding Indonesia dan Singapura misalnya memperkenalkan tempoh sah laku selama 10 tahun.
Imigresen gempur penempatan haram, tahan 132 pendatang asing
Hasil risikan dan aduan yang diterima pihaknya mendapati perkampungan berkenaan wujud sejak empat tahun lepas, dilengkapi bekalan elektrik.
Imigresen tidak pernah henti operasi, pantau kawasan tumpuan pendatang asing - Ruslin
Jabatan Imigresen tidak pernah menghentikan operasi atau pemantauan terhadap 220 kawasan tumpuan pendatang tanpa izin di seluruh negara.
Pendatang lolos di Bidor: Tiada penglibatan dalang setakat ini - Imigresen
Jabatan Imigresen tidak mengesan penglibatan dalang dalam kejadian 131 pendatang asing meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor.