Kor Sukarelawan Polis Siswa (SUKSIS), Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan program Suksis International Collaboration Of Community Service (SINTECS) bersama dengan Prince of Songhkla University (PSU), Thailand pada 5 hingga 8 Februari 2018 bertempat di Santun, Thailand.

Program bertemakan 'Jalinan Kasih Mahasiswa Dan Masyarakat Merentasi Sempadan' itu merupakan salah satu platform untuk menjalinkan hubungan antara Universiti Sains Malaysia dan Prince of Songhkla University (PSU), Thailand.

Seramai 67 mahasiswa Universiti Sains Malaysia yang terdiri daripada 24 lelaki dan 43 perempuan, serta diiringi dengan 10 pegawai kanan dan jurulatih suksis Universiti Sains Malaysia yang berkolabrasi dengan Prince of Songhkla University (PSU), Thailand.

Antara objektif utama program itu adalah untuk menyantuni aspek kepolisan di antara dua buah negara.

Selain itu, ia dapat mendekati kehidupan masyarakat setempat menerusi sesi perkongsian bersama kedutaan Malaysia di Thailand, merapatkan ukhwah antara pelatih SUKSIS bersama warga Pattani menerusi aktiviti kemasyarakatan serta dapat melaksanakan program berteraskan khidmat masyarakat dengan kerjasama universiti tempatan.

_______________________________________________________________________

* Laporan ini disediakan oleh AWANI Rangers Puteri Diana Mohd Razak dari Universiti Sains Malaysia (USM).

** AWANI Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.