Paduka Ayahanda Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar yang mangkat hari ini, merupakan seorang raja yang sangat disegani rakyat kerana keperibadian almarhum yang merendah diri dan sentiasa mendampingi rakyat terutama apabila berlaku sesuatu bencana.
Almarhum yang mangkat pada usia 89 tahun memegang tampuk pemerintahan negeri Pahang selama 45 tahun sebelum diambil alih oleh anakanda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 12 Jan lalu, ekoran keadaan kesihatan baginda yang tidak mengizinkan.
Tanpa mengira protokol dan darjat sebagai sebagai seorang yang berdarah diraja, Sultan Ahmad Shah merupakan antara orang yang terawal akan 'menyinsing seluar' mencemar duli melawat daerah-daerah di Pahang setiap kali berlaku bencana terutama banjir, untuk menghulur bantuan dan berkongsi derita serta keluh kesah dengan rakyat.
Walaupun Pahang merupakan antara yang kerap dilanda banjir setiap kali musim tengkujuh, namun baginda tidak pernah jemu untuk meranduk air, berhujan dan menaiki bot bagi membantu mangsa dan pernah mengerah tukang masak istana memasak untuk mangsa banjir di pusat pemindahan.
Bagi Sultan Ahmad Shah, rakyat adalah keutamannya dan baginda yang lebih mesra membahasakan dirinya `saya' juga sentiasa memantau pembangunan di Pahang dan tidak teragak-agak untuk menegur pihak yang terlibat jika mendapati sesuatu projek itu boleh membawa mudarat kepada rakyat.
Ini terbukti apabila Almarhum menzahirkan kemurkaan dan rasa dukacita terhadap aktiviti penerokaan tanah secara haram untuk tujuan pertanian di Cameron Highlands Nov 2014.
Begitu juga semasa kejadian tanah runtuh di Kilometer 52.4, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pada Nov 2015, walaupun dalam keadaan keuzuran, baginda tetap turun padang melihat sendiri keadaan itu dan mengarahkan penyelesaian dicari bagi mengelakkan masalah yang sama berulang.
Di kalangan pengamal media pula baginda turut disayangi dan disenangi kerana sifat mesra baginda yang tidak keberatan untuk ditemubual setiap kali ditemui disatu-satu majlis.
"Raja dan Rakyat Berpisah Tiada" itulah ungkapan yang sering diucapkan menjadi pegangan baginda sehinggalah ketika baginda mula jarang kelihatan di khalayak umum kerana gering sebelum menyerahkan jawatan itu untuk dipangku oleh anakandanya Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 28 Dis 2016.
Sultan Ahmad Shah telah diputerakan di Istana Mangga Tunggal di Pekan, Pahang pada 24 Oktober 1930. Baginda merupakan anakanda ketiga dan putera tunggal kepada Almarhum Sultan Abu Bakar dengan Almarhum Raja Ampuan Fatimah Sultan Iskandar Shah.
Almarhum menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Pekan dan melanjutkan pelajaran menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar.
Walaupun pembelajaran baginda terganggu ekoran Perang Dunia II, namun baginda mengambil kesempatan itu untuk turut mempelajari bahasa Jepun ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu.
Apabila perang Dunia ke II berakhir, baginda meneruskan pembelajaran baginda di Sekolah Clifford Kuala Lipis dan tinggal bersama orang kebanyakan di asrama sekolah.
Pada 1944, ketika berusia 14 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang apabila peperangan tamat.
Pada 1948, Sultan Haji Ahmad Shah meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tingi dalam bidang Pentadbiran Awam di Worcester College, Universiti Oxford dan Universiti Exeter, Devon United Kingdom dalam bidang pentadbiran tempatan.
Tuanku juga berkesempatan menjalani latihan amali di Sidmouth Urban District Council selama tiga tahun.
Sultan Ahmad Shah mengahwini Tengku Hajah Afzan Tengku Muhammad pada 22 April 1954 dan dikurniakan tujuh orang anak, dua orang putera dan lima orang puteri.
Putera dan puteri baginda ialah Tengku Tan Sri Meriam, Tengku Datuk Seri Muhaini, Tengku Datuk Seri Aishah Marcella,Tengku Abdullah, Tengku Abdul Rahman, Tengku Datuk Nong Fatimah, dan Tengku Datuk Shahariah.
Selepas kemangkatan Tengku Afzan pada 29 Jun 1988, Sultan Haji Ahmad Shah mengahwini Sultanah Hajah Kalsom pada 14 Mac 1991 dan dikurniakan seorang putera. Tengku Fahd Mu'adzam Shah Sultan Ahmad Shah.
Baginda dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang pada usia 14 tahun dan ketika berusia 35 tahun, baginda pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Batalion Infantri Tentera Persekutuan yang berpengkalan di Kem Batu 5, Mentakab Pahang.
Sultan Ahmad Shah dilantik menjadi Sultan Pahang ke-5 pada 7 Mei 1974 berikutan kemangkatan ayahanda baginda Almarhum Sultan Abu Bakar dan istadat pertabalan berlangsung di Balairong Seri, Istana Abu Bakar pekan setahun kemudian iaitu pada 8 Mei 1975.
Baginda kemudian dilantik menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong Ke-6 dan telah melaksanakan tugas sebagai ketua negara apabila dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-7 yang memerintah negara 26 April 1979 hingga 25 April 1984.
Lain-lain jawatan yang pernah disandang baginda termasuk Ketua Perlembagaan, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) 1 Julai 1983, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dari tahun 1984 sehingga 2014. Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 1994 sehingga 2002. serta dipilih menjadi Presiden Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) pada 2011.
--BERNAMA
Bernama
Wed May 22 2019
Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar yang mangkat hari ini, merupakan seorang raja yang sangat disegani rakyat. -Foto Bernama
[LAPOR LANGSUNG] Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue
FAM tidak menolak akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Mampukah Hamidin terus pacu kemajuan FAM?
Isu penyebaran 'surat layang' baru-baru ini ternyata memberi tamparan buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
KBS yakin isu surat layang berkaitan FAM dapat ditangani
KBS yakin SPRM akan dapat menangani isu surat layang membabitkan FAM sekiranya terdapat bukti kukuh.
Kalau semua berhenti kerja sebab surat layang, susahlah - Hannah
Menteri Belia dan Sukan akui surat layang merupakan perkara biasa dalam sesebuah organisasi susulan kemelut yang sedang melanda FAM ketika ini.
Lekir nafi dapat subsidi, projek FAM
CAPO Ultras Malaya, Lekir Ahmad tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dia mendapat subsidi dan projek daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
'Saya maafkan orang fitnah saya'
Noor Azman tidak mahu berdendam dengan pemfitnah itu selain menyerahkan kepada FAM untuk menyelesaikan surat layang tersebut.