Kerajaan negeri Kedah perlu memperkemaskan perancangan pembangunan dan kaedah pelaksanaan terbaik bagi merangsang ekonomi agar pertumbuhannya dapat dipertingkatkan lagi sebagai persediaan menghadapi pasca pandemik COVID-19.
Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah sasaran aliran masuk pelaburan, projek pembangunan fizikal dirancang terutamanya berimpak tinggi hendaklah diteruskan, manakala bagi program-program peningkatan taraf hidup rakyat perlu diperkemas dan diperluaskan.
"Tahun 2020 juga merupakan tahun terakhir bagi Rancangan Malaysia ke-11.Untuk tempoh lima tahun akan datang beta begitu mengharapkan agar kerajaan negeri dapat merangka satu pelan yang berlatarbelakangkan model rangsangan ekonomi agar pertumbuhannya dapat dicapai melalui pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang dirancang," titah baginda.
Sultan Sallehuddin bertitah demikian sempena Istiadat Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. Titah ucapan baginda diedarkan atas perkenannya kepada semua 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hadir.
Ia selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 56, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah iaitu Raja Pemerintah boleh menyampaikan titah di dalam DUN atau menghantar titah kepada Sidang Dewan.
Selain itu, Sultan Kedah bertitah kerajaan negeri perlu berperanan melalui jabatan dan agensi sedia ada untuk memudah cara peniaga kecil membina semula perniagaan serta membantu keluarga yang hilang sumber pendapatan supaya mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup.
Baginda juga meminta kerajaan menyalurkan bantuan tepat kepada golongan sasaran dan berharap golongan terkesan bersikap jujur dan ikhlas bahawa mereka adalah golongan sebenar memerlukan bantuan.
Mesyuarat DUN Kedah hari ini berlangsung selama 25 minit dan sebagai mematuhi panduan jarak sosial minimum satu meter di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kehadirannya terhad kepada ADUN dan pegawai-pegawai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sahaja.
Menurut kenyataan pejabat Menteri Besar hari ini, kerajaan meneruskan mesyuarat itu bagi mengelak berbangkit masalah undang-undang sekiranya Mesyuarat Pertama melepasi tempoh enam bulan daripada mesyuarat sebelumnya, seperti termaktub di bawah Perkara 53 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.
Dalam pada itu, baginda turut berpesan kepada semua rakyat agar berdisiplin dan bertanggungjawab mematuhi PKP demi kesejahteraan dan keselamatan semua dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak terbabit.
Pada mesyuarat itu juga, satu usul telah dibentangkan iaitu Laporan Ketua Audit Negara kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Kedah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 16 2020
Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah sasaran aliran masuk pelaburan, projek pembangunan fizikal dirancang terutamanya berimpak tinggi hendaklah diteruskan. Gambar fail/ Bernama.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.
40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri
Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.
PRN: Calon veteran diganti orang muda perkara biasa dalam parti - Teo
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata pertukaran calon veteran kepada calon muda pada pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti.
PRN Kedah: 'Gelombang hijau' masih bergelora atau bakal berubah?
Status Kedah sebagai 'swing state' atau senario politik negeri sering berubah, bakal ditentukan pada PRN kali ini.
DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti
DUN Sabah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti.
Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.