Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Mesyuarat bermula 11.15 pagi hari ini dihadiri semua Raja-Raja Melayu kecuali Kelantan.

Raja-Raja Melayu yang berangkat ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Turut berangkat Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

BACA: Mesyuarat pilih Agong baharu hari ini

BACA: Tiga kesultanan yang masih belum dilantik Agong untuk pusingan kedua

BACA: Tiada cuti umum pada 31 Januari



Pemilihan itu diadakan susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Ketika ini jawatan Yang di-Pertuan Agong disandang Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang juga merupakan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

— BERNAMA