Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan YDP Agong (YDPA) untuk tempoh lima tahun, bermula 31 Januari 2019.

Menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad hari ini, perkara itu diputuskan oleh Majlis Raja-Raja yang mengadakan mesyuarat khas di Istana, hari ini.

Sebelum ini, Sultan Nazrin, telah pun menjalankan tanggungjawab sebagai Timbalan YDPA sejak 2016, ketika Sultan Kelantan Sultan Muhammad V menjadi YDPA ketika itu.

Baginda turut dilantik menjadi pemangku kepada YDPA sebanyak dua kali.

BACA: Sultan Abdullah bijak santuni rakyat

BACA: Pintar, prihatin jadikan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin disegani