Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah tentang perlunya membina masyarakat dan ekonomi Malaysia yang lebih terbuka serta pantas untuk menggerakkan negara ini ke tahap seterusnya serta mencapai status negara berpendapatan tinggi, sejajar dengan potensi yang dimilikinya.
Titah baginda, dua lagi peralihan struktur utama yang diperlukan untuk mencapai matlamat itu ialah pembinaan sebuah masyarakat yang benar-benar adil dan saksama, di samping memanfaatkan sepenuhnya arus transformasi teknologi yang wujud ketika ini.
Baginda bertitah, dalam usaha menjadikan ekonomi dan masyarakat pantas, berdaya saing dan berasaskan prestasi, kini, Malaysia menduduki anak tangga ke-22 dari segi ekonomi paling bebas di dunia menurut satu indeks bebas ekonomi antarabangsa dan ini mencerminkan daya tarikan yang dimilikinya sebagai destinasi untuk pelaburan serta memainkan peranan penting dalam memajukan perdagangan bagi ekonominya.
"Bagaimanapun, kedudukan ini tidak boleh dijamin kerana banyak negara lain juga sedang giat berusaha untuk menghapuskan sekatan domestik terhadap perdagangan bagi menarik pelaburan," katanya.
Sultan Nazrin bertitah demikian pada Seminar Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS) bertemakan 'Masa Untuk Peralihan: Ekonomi Malaysia Menuju 2020' di sini pada Khamis.
Pada waktu sama, titah baginda, terdapat semakin banyak sekatan terhadap dagangan yang dilaksanakan sesetengah negara berpendapatan tinggi bagi melindungi industri domestik dan pekerjaan di tempat masing-masing.
"Ini menambahkan lagi keperluan bagi ekonomi terbuka lebih kecil seperti negara kita untuk mengambil langkah aktif bagi mendapatkan akses lebih meluss kepada pasaran, titah Sultan Nazrin.
Menyentuh tentang keperluan mewujudkan sebuah masyarakat yang benar-benar adil dan saksama, baginda bertitah, berdasarkan angka pendapatan, barangkali, adalah tidak memeranjatkan apabila sering timbul sungutan tentang peningkatan kos sara hidup.
Menurut baginda, akibat daripada keupayaan rendah dari segi pendapatan, purata pekerja tidak mampu mempunyai simpanan secukupnya untuk membiayai keperluan mereka dari segi perumahan, pendidikan anak atau menyara kehidupan setelah bersara.
"Kajian mendalam dan objektif diperlukan untuk mengatasi cabaran ini. Tanpa jaminan ekonomi secukupnya, adalah sukar untuk membina kekuatan sosial yang menjadi asas bagi ekonomi yang dapat berfungsi dengan baik," titah baginda.
Menyentuh tentang keperluan memanfaatkan transformasi teknologi, Sultan Nazrin bertitah bahawa kedudukan Malaysia di tengah-tengah rantau yang mementingkan teknologi, mewujudkan banyak peluang bagi negara ini untuk berkongsi pengetahuan dan mempelajari daripada amalan terbaik serantau.
Malaysia, titah baginda, boleh meraih banyak manfaat daripada pengetahuan serta wawasan negara yang lebih terkehadapan daripadanya.
"Dengan memiliki penduduk yang sihat dan bertenaga, kepakaran dalam bidang ICT dan sektor pembuatan serta perkhidmatan yang mantap, Malaysia memiliki potensi untuk memanfaatkan Pembuatan Pintar atau Industri 4.0 untuk terus maju," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 04 2018
Menyentuh mengenai keperluan mewujudkan masyarakat yang benar-benar adil dan saksama, Sultan Nazrin bertitah, berdasarkan angka pendapatan, tidak memeranjatkan apabila sering timbul sungutan tentang peningkatan kos sara hidup. - Gambar fail
Pengecualian sementara borang TM.6 oleh Thailand bantu rangsang pelancongan Perlis
Langkah kerajaan Thailand mengecualikan sementara warganegara asing daripada mengemukakan Borang TM.6 ketika masuk dan keluar dari negara itu dilihat dapat merangsang sektor pelancongan di Perlis.
AWANI Ringkas: Peruntukan pembangkang: Kerajaan setuju secara dasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lapan anggota FRU didakwa simpan lapan bahagian badan pelanduk tanpa lesen
Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000, dipenjara tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Rasuah: Kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari
Seorang kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada sebuah syarikat.
28,531 calon UPKK 2023 raih 8A
28,531 daripada 230,580 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya catat keputusan cemerlang A dalam kesemua lapan mata pelajaran.
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.
Operasi PeWA: JPJ Pulau Pinang sita 22 kenderaan, keluar 63 saman
JPJ Pulau Pinang menyita 22 kenderaan yang dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya.
Lisa BLACKPINK beli rumah ‘tersorok’ di Beverly Hills, harga RM19 juta
Tidak ada yang mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.
Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.
[TERKINI] Letusan Gunung Ruang: Indonesia keluar amaran tahap tertinggi
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan amaran keselamatan ke tahap tertinggi selepas Gunung Ruang yang meletus beberapa kali di Kepulauan Sangihe kelmarin, mengeluarkan asap setinggi lebih 1.6 kilometer (km) sehingga memaksa ratusan penduduk dipindahkan.
Konflik di Asia Barat: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam sesi urus niaga awal pada Isnin.
Ringgit dijangka kekal lemah, didagangkan sekitar 4.76 berbanding dolar AS
Ringgit dijangka lemah dan didagangkan sekitar RM4.76 berbanding dolar AS minggu depan.
Ringgit dibuka rendah, dolar AS terus mengukuh berbanding mata wang global
Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat.
Ringgit meningkat semula berikutan aktiviti jualan dalam dolar AS
Ringgit meningkat semula untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas beberapa aktiviti jualan dalam mata wang AS itu.
Ringgit dibuka rendah susulan jangkaan AS tangguh turun kadar faedah
Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar AS.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit melanjutkan kenaikan untuk dibuka lebih tinggi pada pagi Selasa apabila dolar AS menurun.
Ringgit dibuka rendah, sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat bank pusat AS
Ringgit memulakan urus niaga rendah berbanding dolar AS, didorong sentimen berhati-hati peniaga menjelang mesyuarat Fed pada 19-20 Mac.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Ringgit susut berbanding dolar AS hari ini selepas kenaikan hampir seminggu.
Ringgit naik berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Ringgit meningkat semula berbanding dolar AS dalam dagangan awal pada Isnin berikutan mata wang AS itu merosot.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan peniaga menerima minit mesyuarat FOMC AS yang dikeluarkan malam tadi.