Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat mengunjungi Pasar Ramadan, di sini, pada Sabtu.

Baginda berdua tiba jam 5.05 petang dan sempat meluangkan masa selama kira-kira 30 minit untuk melawat beberapa gerai yang beroperasi di pasar tersebut.

Sultan Nazrin dan Tuanku Zara juga berkenan beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung yang berada di pasar berkenaan.

Pengunjung pasar Ramadan juga tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk mengambil gambar bersama baginda berdua sebagai kenang-kenangan.

-- BERNAMA