Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Elyas Omar sepanjang tempoh perkhidmatannya dari 1981-1992 sangat dikenali atas usaha-usahanya yang cemerlang dalam pembangunan infrastruktur sejajar dengan pelbagai sumbangan sosial dan ekonomi kepada warga kota.
Elyas, yang meninggal dunia pada usia 82 tahun pada Selasa, banyak membantu menyediakan perumahan kepada penduduk setinggan, mengindahkan taman awam dan mewujudkan Taman Orkid, Taman Burung, Taman Rama-Rama dan Dataran Merdeka yang terkenal di Kuala Lumpur.
Atas sumbangan luar biasanya itu, Elyas yang dilahirkan di Pulau Pinang, dinamakan Tokoh Wilayah Persekutuan 2007 oleh Kementerian Wilayah Persekutuan yang ketika itu diterajui bekas menterinya Tan Sri Zulhasnan Rafique.
Beliau juga seorang tokoh yang tidak asing dalam arena sukan tanah air, sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dari 1985-1993, beliau memainkan peranan penting apabila Malaysia menjuarai Piala Thomas pada 1992, dan sehingga kini skuad negara masih kempunan untuk mengulangi pencapaian tersebut.
Sementara dalam kancah bola sepak tempatan, Elyas merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur apabila pasukan berkenaan muncul juara Piala Malaysia tiga kali berturut-turut dari 1987 hingga 1989.
BACA: Bekas Datuk Bandar, Elyas Omar meninggal dunia
Pada 2005 hingga 2008, Elyas dilantik sebagai Pesuruhjaya Sukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan.
Beliau juga adalah Pesuruhjaya Sukan yang pertama mengarahkan persatuan-persatuan sukan supaya berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan dan bukan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Semasa memegang jawatan selaku Pesuruhjaya Sukan, Elyas yang memiliki Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Undang-undang, banyak menyelesaikan pelbagai masalah atau konflik dalam sukan golf, taekwondo, badminton, lawan pedang dan bola sepak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 15 2018
Tan Sri Elyas Omar menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara sekitar jam 7.15 malam tadi..
AWANI Ringkas: Sambutan dibatalkan, digantikan dengan doa selamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah
Satu daripada empat gambar yang dimuat naik itu memaparkan lima anggota TLDM melambai rakan mereka yang berlepas ke Lumut.
KPDN gesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan segera kad fleet
KPDN menggesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan di Semenanjung Malaysia yang terpilih untuk segera memohon kad fleet.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 762 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 717 sen sekilogram.
Kemasukan ke hospital kerana hisap 'vape', termasuk golongan kanak-kanak meningkat 733 peratus dalam 4 tahun
Kemasukan kanak-kanak kerana penyakit berkaitan mengevap merupakan enam peratus daripada jumlah kemasukan keseluruhan dalam tahun 2020.
Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa
KPWKM bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7785/7820 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7750/7785 pada Isnin.
Forum Umrah dan Ziarah 2024 kini bermula
Setiap tahun, jutaan umat Islam mengembara ke Mekah dan Madinah untuk mengerjakan umrah.
Bagi mencari penyelesaian yang bermakna buat jemaah, Forum Umrah & Ziarah 2024 menjadi medan penting dalam mengumpulkan semua pemain industri serta pakar berkaitan pendekatan yang lebih baik untuk pengalaman umrah yang bermakna.
#UmrahZiarah2024
Bagi mencari penyelesaian yang bermakna buat jemaah, Forum Umrah & Ziarah 2024 menjadi medan penting dalam mengumpulkan semua pemain industri serta pakar berkaitan pendekatan yang lebih baik untuk pengalaman umrah yang bermakna.
#UmrahZiarah2024
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat dijangka selesai esok
Pihak hospital telah menerima sepuluh jenazah anggota TLDM bagi prosedur bedah siasat sekitar jam 6 petang.
Sumbangan Elyas Omar kepada negara sentiasa diingati
Elyas membantu menyediakan perumahan kepada penduduk setinggan, mengindahkan taman awam dan mewujudkan Taman Orkid, Taman Burung, Taman Rama-Rama dan Dataran Merdeka yang terkenal di Kuala Lumpur.