Tutup

Sungai Selangkah umpama sungai kimia

Sungai Selangkah umpama sungai kimia
PASIR GUDANG: Pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim turut membimbangkan penduduk yang tinggal di sekitar Sungai Selangkah, Pasir Gudang.

Malah, penduduk turut menggelar sungai berkenaan sebagai sungai kimia berikutan kedudukannya yang berdekatan dengan Sungai Kim Kim.

Penduduk Taman Puteri Resort turut mendakwa sisa bahan kimia di sungai berkenaan disyaki daripada kawasan kilang berhampiran.

Menurut Jasei Girim Me yang tinggal di kawasan itu sejak 10 tahun lalu mendakwa kilang yang memproses bahan sisa kimia itu dipercayai melepaskan bahan berkenaan ke Sungai Selangkah sebelum merebak ke Sungai Kim Kim.
Beliau berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera selepas laporan mengenainya telah dibuat sejak 2017.

“Bau kat sini kuat, dah banyak kali jiran buat (aduan) tapi tiada tindakan. Mungkin ada tindakan  tapi sampai sekarang tak selesai lagi.
“Semalam saya telefon JAS (Jabatan Alam Sekitar) pusat, lepas tu dia cakap saya di Johor dan menyuruh saya hubungi bilik gerakan di Johor. Jadi saya pun hubungi bilik gerakan di Johor,” katanya.


Jasei turut menggesa supaya pemeriksaan dilakukan pada waktu malam kerana pada waktu baunya amat kuat hingga meloyakan penduduk.

“Kalau boleh pihak yang tak bertanggungjawab ni ditangkap dan dikenakan tegas.

“Anak-anak ada yang demam, batuk-batuk. Isteri pun selalu pening, kalua malam lagi kuat bau dia,” katanya lagi.

Tinjauan Astro Awani ke lokasi Sungai Selangkah turut mendapati wujud kesan sisa minyak sepanjang sungai berkenaan selain ia mengeluarkan bau kurang menyenangkan.




Tag: Pencemaran bahan kimia, bencana kim kim, sungai kim kim, Sungai Selangkah, Pasir Gudang, Taman Puteri Resort, Jasei Girim Me, Jabatan Alam Sekitar



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.