Tiga sahabat termasuk seorang wanita diberkas selepas lebih 10 jam melakukan aktiviti samun di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Lumpur.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail memberitahu kesemua suspek yang berusia sekitar 20-an itu ditangkap kira-kira jam 11 pagi Sabtu di hadapan sebuah hotel di Selayang.

Kesemua suspek pada pagi Jumaat menyamun sebuah kedai runcit dan kedai serbaneka 24 jam di Kuala Terengganu.

Katanya, kesemua suspek menetap di Kuala Lumpur dan menyewa sebuah kereta.

Selepas suspek kembali ke Kuala Lumpur mereka menyamun bebeberapa buah lagi kedai.

Menurut Aidi hasil ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis pil kuda.