Polis menahan seorang suspek yang dipercayai menetak adiknya sendiri dalam satu pergaduhan di Jalan Tanjung Bendahara di sini, semalam.
Suspek berusia 48 tahun itu ditahan sebaik dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas mendapatkan rawatan akibat kecederaan di tangan kirinya malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata, suspek di bawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Kota Setar untuk siasatan lanjut.
''Hasil ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan ujian air kencing terhadap mangsa (adiknya) akan dibuat sebaik keadaannya stabil.
''Kita juga akan rujuk pihak hospital untuk pengesahan kerana berdasarkan tindakan dan kecederaan yang dialami adiknya, kita percaya suspek mungkin mengalami masalah mental,'' katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.
Tambahnya, suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.
Sementara itu Mohd Rozi berkata, adik suspek yang dirawat di Unit Rawatan Rapi HSB kini dilaporkan stabil.
Motif serangan belum dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menggunakan senjata sehingga mendatangkan kecederaan.
Dalam kejadian 12 tengah hari semalam, suspek dipercayai menyerang adiknya kerana salah faham antara mereka.
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian perut dan dada dipercayai akibat tusukan objek tajam serta patah tangan kanan.
Astro Awani
Wed Jun 15 2016
Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura siasat insiden jambatan di Baltimore runtuh
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura akan menjalankan siasatan susulan insiden Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland runtuh.
Kahwini warga tempatan, jadi dalang sindiket pekerja asing
Dua warga asing yang mengahwini rakyat tempatan dan menjadi dalang sindiket pekerja asing terbongkar selepas dicekup di Jalan Duta, di sini, pada Rabu.
Raja Permaisuri Agong berkenan agih bubur lambuk di Kampong Bharu
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pengagihan Bubur Lambuk di Masjid Jamek Kampong Bharu.
Kemarau: Kerajaan Kelantan gali 100 telaga tiub bantu pesawah
Kerajaan Kelantan akan menggali 100 buah telaga tiub bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air yang menghantui pesawah di negeri ini akibat kemarau.
Ibu pejabat imigresen dan KPDNKK dipecah masuk
ACP Mohd Rozi Jidin berkata, kejadian dipercayai berlaku pada tengah malam tadi dan hanya disedari kakitangan kedua-dua pejabat berkenaan ketika memulakan tugas pagi tadi.
Lelaki intai wanita guna kamera digital diletak pada kasut
Kejadian itu berlaku di sebuah Pasar Tani di Jalan Langgar di mana mangsa diintai ketika sedang membeli kuih di sebuah gerai di situ.
Meninggal dunia ketika kawasan judi diserbu
Seorang penjudi maut ketika satu 'port' judi di sebuah bangsal di Kampung Titi Keling di sini diserbu petang semalam.
Warga asing ditangkap selepas menyamun
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata suspek yang berusia 33 tahun itu sebelum itu dilapor menyamun seorang wanita berusia 29 tahun di Taman PKNK pada pukul 12.30 tengah malam.
Suspek tetak adik ditahan selepas mendapat rawatan
Suspek dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selepas mendapatkan rawatan akibat kecederaan di tangan kirinya malam tadi.