Polis Johor menahan suspek utama bersama tiga lagi lelaki berhubung kes samseng jalanan menggunakan parang di lebuh raya Pasir Gudang pada Isnin.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata hasil siasatan pihaknya berjaya mengesan suspek utama berusia 31 tahun dan tangkapan dibuat di kawasan sekitar Simpang Renggam pada jam 5.30 petang Selasa.
Suspek utama turut ditahan bersama tiga lagi lelaki yang dipercayai terbabit menjalankan jenayah samun.
Seorang lagi suspek yang masih bebas masih diburu dan tangkapan semua suspek, polis percaya menyelesaikan 11 kes jenayah samun sekitar Johor Bahru.
Mohd Khalil berkata, kes disiasat mengikut seksyen 427/506 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan ugutan jenayah.
Jika sabit kesalahan semua suspek boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Video berdurasi satu minit 24 saat menunjukkan dua lelaki keluar daripada kereta beberapa kali menunjukkan isyarat lucah kepada seorang pengguna jalan raya selain seorang daripadanya menghentak cermin hadapan kenderaan dengan parang mula tular di laman sosial sejak Isnin.
Kejadian itu dipercayai berikutan rasa tidak berpuas hati kerana suspek tidak diberi ruang untuk memotong dalam keadaan jalan sesak.
Astro Awani
Wed Jun 05 2019
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Salleh harap Sabah diberi kuasa autonomi seperti Sarawak
Jelas Datuk Seri Mohd Salleh Mohd Saidisu kritikal membabitkan kesihatan di Sabah akan dapat diselesaikan sekiranya negeri itu diberi kuasa autonomi kesihatan.
Abang Jo kongsi perancangan sarawak di Eropah minggu depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Teknologi Hidrogen Eropah dan Forum Penyahkarbonan Eropah Tengah di Poland pada 24-25 April ini.
Ronaldo digantung satu perlawanan kerana tunjuk isyarat lucah dalam perlawanan Liga Saudi
Ronaldo juga perlu membayar denda 10,000 riyal Saudi kepada Persekutuan Bola Sepak Saudi dan 20,000 riyal kepada Al-Shabab.
Ronaldo dikritik kerana membuat isyarat lucah dalam perlawanan Liga Saudi
Selepas wisel penamat, video media sosial merakamkan Ronaldo menekup telinganya sebelum berulang kali mencengkam alat sulitnya.
Lelaki warga Kanada didenda RM800 tunjuk isyarat lucah, tak pakai pelitup muka
Tertuduh didenda RM100 atau sehari penjara untuk pertuduhan pertama manakala pertuduhan kedua dia didenda RM700 atau dua minggu penjara.
Polis buka kertas siasatan lelaki warga Kanada keluar kata kesat, tunjuk isyarat lucah
Polis membuka kertas siasatan berhubung insiden seorang lelaki warga Kanada yang mengeluarkan kata-kata kesat dan menunjukkan isyarat lucah kepada pengawal keselamatan.
NBA denda James atas gelagat tidak senonoh
NBA turut memberikan amaran kepada James kerana menggunakan bahasa yang tidak senonoh.
Polis siasat dakwaan gangguan seksual di PPVAZ Persada
Polis sudah merakam keterangan seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang anggota keselamatan di PPVAZ Persada.
Cabul dan aibkan rakan sekerja, penjawat awam mengaku tidak bersalah
Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu atas pertuduhan mencabul dan mengaibkan rakan sekerjanya.
Beli kereta mewah untuk 15 isteri, Raja Swaziland dikritik rakyat sendiri
Tindakan itu sekali gus mengundang kecaman ahli politik pembangkang yang menyifatkan Mswati sebagai sombong dan riak.
Pembuli jalan raya ditahan polis di Johor
Ismail berkata, bertindak atas maklumat, 'pembuli' berumur 27 tahun itu berjaya ditahan kira-kira 12 tengah hari Ahad di Permas Jaya untuk membantu siasatan.
Suspek utama tetak kereta ditahan
Suspek utama kes samseng jalanan menggunakan parang ini disyaki ada kaitan dengan jenayah samun yang berlaku di sekitar Johor Bahru