PEMINAT drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa pasti tidak sabar menantikan pengakhiran drama tersebut.
Berikutan sambutan hangat daripada penonton, drama arahan sutradara Michael Ang yang sepatutnya berakhir di episod 28 pada 23 November lalu kini disambung empat lagi episod.
Ini menjadikan keseluruhan drama ini adalah sebanyak 32 episod kesemuanya.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Kamal, tambahan episod untuk drama bersiri lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose ini merupakan satu tanda terima kasih kepada penonton yang memberi sambutan positif terhadap drama tersebut.
"Kami gembira dan berbesar hati dengan sambutan positif yang diterima untuk drama ‘Perempuan Tanpa Dosa’ di slot Megadrama.
"Sejak mula ditayangkan, drama ini ternyata berjaya membawa penonton untuk bergelumang dengan mainan emosi menerusi plot penceritaan dan lakonan mantap barisan pelakon yang meninggalkan kesan kepada penonton," kata Emarina.
"Oleh itu, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, kami hadiahkan empat episod tambahan kepada para peminat yang pastinya tertanya-tanya apakah pengakhiran kisah cinta tersebut," katanya dalam satu kenyataan media.
Selain Kamal Adli dan Uqasha Senrose, drama ini turut dijayakan Zac Zaky, Yusof Bahrain, Shaza Bae dan Azza Elite.
Saksikan episod akhir Perempuan Tanpa Dosa pada 30 November ini jam 10 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Anda juga boleh strim drama ini menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Asyraf Roslan
Sat Nov 28 2020
Drama "Perempuan Tanpa Dosa" arahan sutradara Michael Ang yang sepatutnya berakhir di episod 28 pada 23 November lalu kini disambung empat lagi episod. -Astro AWANI
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Susulan sambutan hangat, 'Perempuan Tanpa Dosa' disambung 4 lagi episod
Tambahan episod untuk drama bersiri lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose ini merupakan satu tanda terima kasih kepada penonton yang memberi sambutan positif terhadap karya ini.