Sebanyak 25 lori tangki telah digerakkan di kawasan-kawasan yang terjejas dengan bekalan air berikutan paip pecah yang berlaku di Kampung Melayu Batu Caves pada Rabu malam.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas Abdul Halem Mat Som berkata ia akan ditambah dari semasa ke semasa.

“Ingin kami tekankan disini bahawa kapasiti kami agak terhad kerana kawasan gangguan yang begitu meluas termasuk Keramat, Ampang, Pandan, dan sebahagian Bandar Tun Razak.

“Kami memang tidak dapat memenuhi semua keperluan pada masa yang sama dan serentak. Walaubagaimanapun, kita ada pusat khidmat setempat yang kami dirikan di kawasan-kawasan strategik,” kata beliau.

Kira-kira 453,500 pengguna di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak terputus bekalan air sejak Khamis.

Klik video untuk laporan lanjut.