KUCHING:Dua syarikat gergasi Jepun Sumitomo Corporation dan Eneos Corporation milik Nippon Oil & Energy Corporation telah menghantar cadangan kerjasama dengan Tenaga Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

Kerjasama melibatkan pelaburan untuk membina loji hidrogen di Bintulu yang mampu menghasilkan 10,000 tan hidrogen.

Menurut Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pelaburan ini bekal meletakkan Sarawak sebagai peneraju dalam ekonomi hidrogen di rantau Asia Tenggara.

“Kerajaan Negeri baru sahaja mendapat cadangan pelaburan dari Sumitomo dan Eneos yang dimiliki oleh Nippon Oil untuk bekerjasama dengan tenaga SEDC untuk menghasilkan 10,000 tan hidrogen.

"Loji itu akan ditempatkan di Bintulu. Ini adalah yang pertama di Asia Tenggara.

“Dengan loji itu kita dapat tingkatkan kapasiti hingga 20,000 tan, Sarawak bakal menjadi pengeluar hidrogen utama di rantau ini” katanya semasa menghadiri Majlis Makan Malam industri Minyak dan Gas di sini pada Jumaat.

Dalam ucapannya Abang Johari turut mengulangi komitmen berterusan kerajaan negeri dalam membangunkan sumber tenaga utama di masa depan.

“Kita menuju ke arah ekonomi hidrogen dan Sarawak nampaknya menjadi peneraju dalam industri baru ini.

“Ini adalah sesuatu yang baru, ia berdasarkan sumber yang boleh diperbaharui iaitu air dan oleh itu ia boleh menjadi salah satu sebab untuk mengambil bahagian dalam perdagangan kredit karbon,” katanya.

Justeru beliau telah meminta peguam negeri untuk mengesahkan undang-undang baharu untuk membolehkan Sarawak memperdagangkan kredit karbon sebagai komoditi.

Dalam ucapannya juga Abang Johari mengingatkan mengenai kejayaan Sarawak melaksana Cukai Jualan Negeri (SST) bagi produk petroleum yang telah menjana pendapatan tambahan kasar sekitar RM3.2 bilion kepada negeri itu.

Pelaksanaan cukai i telah menjana pendapatan tambahan yang banyak untuk Sarawak./

beliau telah dapatkan Cukai Jualan Negeri (SST) dari Petronas, sebahagian daripada pendapatan dari industri minyak dan gas yang berjumlah kira-kira 3.2 bilion untuk Sarawak.

“Justeru itu, penyertaan kita di dalam aktiviti hulu minyak dan gas, kita berharap akan dapat memperoleh lebih banyak wang untuk Sarawak.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Datu Sr Zaidi Mahdi, Pengarah Kerja Raya Datu Ir Zuraimi Sabki dan Pengerusi PETROS Tan Sri Datuk Amar Dr Hamid Bugo.