Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disifatkan terlupa untuk menunjukkan sikap mendukung institusi raja berperlembagaan apabila menulis surat terbuka kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segamat, Bastien Onn berkata, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu juga dilihat tidak menghormati institusi diraja apabila membuat kenyataan kepada Sultan Ibrahim melalui surat terbuka.
"Tuanku Sultan Johor benar-benar memainkan peranan insitusi raja berperlembagaan. Baginda tidak langsung menyentuh larangan untuk berdemokrasi. Baginda juga tidak langsung terikat dan berpisah secara nyata dari segi peranan dan tanggungjawab raja berlembagaan.
"Menasihati rakyat untuk tidak berdemonstrasi jalanan merupakan saranan dan nasihat. Baginda sama sekali tidak menyuruh rakyat untuk tidak mengundi atau menjalankan sebarang tanggungjawab untuk memilih wakil mereka," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: Sultan Johor kecewa tindakan pemimpin dahulu
BACA: 'Syed Saddiq, jawab soalan Farhan dulu' - Pemuda UMNO
Bastien mengulas kenyataan Syed Saddiq yang mendakwa, hak untuk berdemonstrasi secara aman adalah hak setiap warganegara Malaysia mengikut Artikel 10 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan selain diiktiraf udang-undang antarabangsa seperti Artikel 20(1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan Artikel 21 Waad Antarabangsa Mengenai Hak Awam dan Politik.
Ia reaksi susulan titah Sultan Johor pada Perhimpunan Bangsa Johor di Pasir Gudang yang menegaskan tidak akan sesekali membenarkan mana-mana pihak menganjurkan sebarang bentuk demonstrasi di negeri ini.
Dalam pada itu Bastien mahu Syed Saddiq meneliti saranan Sultan Johor untuk perpaduan dan saling bertoleransi.
"Kenapa itu tidak disentuh dan tidak disemarakkan? Mengapa menyanggah perkara asas budaya orang Melayu? Berdemonstrasi adalah budaya Barat.
"Tuanku merupakan lambang kebanggaan orang Melayu dan juga ketua agama Islam. Sudah tentu Tuanku berhak bercakap mengenainya," jelasnya.
Katanya lagi, sekolah satu aliran juga merupakan saranan yang amat baik dalam isu perpaduan terutama seawal umur.
"Penguasaan bahasa lain juga merupakan perkara asas untuk masyarakat menjadi lebih rapat kerana akan saling memahami sesama kita.
"Kesepaduan Melayu, Cina dan India dan banyak lagi etnik lain akan melonjakkan kita sebagai sebuah negara. Saya percaya ini merupakan visi yang dikongsi Sultan Johor untuk kita jadikan panduan," ujarnya.
Tegas Bastien lagi, Syed Saddiq juga dilihat cepat melatah apabila mengetahui ada berita yang tidak baik mengenai PPBM.
"Hanya kerana perkara tidak enak didengar oleh parti barunya, Syed Saddiq mahu menyanggah secara terbuka? Saya rasa parti baru ini tidak sopan.
"Saya secara peribadi mahu mendengar perkara yang menjurus kepada perpaduan. Saya juga percaya rakyat mahukan perkara yang sama," katanya.
Wan Syamsul Amly
Sun Nov 06 2016
BASTIEN: Mengapa menyanggah perkara asas budaya orang Melayu?
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Jangan ganggu dinamik hala tuju Johor - Bastien
Mana-mana pemimpin luar Johor diminta tidak membawa suara sumbang sekali gus menghasut rakyat di negeri itu dengan perkara di luar norma masyarakatnya selama ini.