Jumlah kutipan untuk Tabung Harapan Malaysia (THM) kini mencecah RM55,386,342.38.

Menurut laman Twitter rasmi Kementerian Kewangan, jumlah terkumpul itu adalah setakat jam 3 petang, hari ini, sejak ia dilancarkan pada 31 Mei lalu.

Pada 30 Mei, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengumumkan penubuhan THM bagi membolehkan rakyat Malaysia menyumbang bagi membantu menangani masalah hutang negara yang kini mencecah RM1 trilion.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 566010626452 dalam bentuk mata wang Ringgit.

-- BERNAMA