Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memberi tiga bulan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa daripada DAP Chong Chieng Jen untuk memohon maaf kerana mengungkapkan kata-kata berbaur fitnah terhadap beliau.
Taib, yang juga Menteri Kewangan Sarawak dan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak, berkata beliau akan menimbangkan untuk memfailkan prosiding mahkamah terhadap Chong melainkan beliau menarik balik dakwaan berbaur fitnah dan memohon maaf dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.
"Selagi ada anak Sarawak seperti dalam parti pembangkang yang terus rela menjadi alat untuk menyebarkan tuduhan dan dakwaan yang sengaja diperbesar-besarkan, negeri ini berdepan risiko menjadi tunduk kepada penyangak asing yang bakal membawa akibat buruk pada ekonomi, sosial dan politik," katanya semasa menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri telahpun memulakan tindakan undang-undang terhadap Chong, yang juga Setiausaha DAP Sarawak, kerana memfitnah berkaitan kata-kata yang diungkapkannya di luar persidangan dewan mengenai sistem belanjawan dan kewangan negeri sehingga menjejaskan dengan teruk reputasi dan integriti sistem kewangannya.
Ketika meminta beliau merenungkan semangat patriotisme Sarawak, Taib berkata menerusi cara politik yang kasar, Adun Kota Sentosa itu bukan sahaja merendahkan darjat institusi dewan yang mulia tetapi juga cuba mewujudkan kesangsian dalam kalangan mereka yang diberi mandat yang sah oleh rakyat untuk memerintah negeri ini.
"Melalui caranya yang berterusan melahirkan hujahnya di luar dan di dalam dewan yang mulia, berdasarkan dakwaan dalam media asing dan digalakkan oleh organisasi asing, beliau dengan niat jahat cuba untuk mencapai apa yang amat diinginkannya dalam pilihan raya umum -- untuk menukar kerajaan," kata Taib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak.
Meskipun pengundi memberi isyarat tegas dengan menolak apa yang terkandung dalam pita Global Witness, beliau berkata anggota DAP, terutamanya Chong terus merujuk kepadanya seolah-olah pita itu mengandungi perkara yang benar.
Beliau berkata pada Mac tahun ini, hanya sebelum pilihan raya parlimen diadakan baru-baru ini, Global Witness, sebuah pertubuhan berpusat di London yang mempunyai kaitan dengan Bruno Manser Fund dan sebuah yayasan yang dipromosi oleh seorang penyangak matawang antarabangsa yang terkenal, menyiarkan rakaman pita video itu mengenai perbualan antara 'penyiasat' upahan Andrew Stewart, dan beberapa anak Sarawak, termasuk dua sepupu beliau.
Pembangkang, terutamanya DAP menyebarkan pita itu dan kandungannya, yang menyebabkan beberapa individu menyuarakan pendapat mengenai bagaimana tanah untuk pertanian dipindah milik di Sarawak dan rancangan oleh mereka yang didakwa memperoleh tanah seperti itu untuk mengaut keuntungan segera dan seterusnya mengelak daripada membayar cukai, katanya.
Beliau berkata seorang peguam yang baru lulus sekalipun akan faham bahawa memperoleh keterangan secara tidak sah daripada pihak ketiga yang tidak menaruh sebarang syak wasangka tidak boleh bertahan di hadapan sebuah tribunal kehakiman.
Katanya BN negeri yang diterajuinya menang 25 daripada 31 kerusi, iaitu lebih daripada dua pertiga kerusi parlimen di Sarawak manakala tiga calon pembangkang, yang gemar membuat tuduhan berkaitan rampasan tanah terhadap kerajaan, kalah teruk di Limbang, Lubok Antu dan Sri Aman.
Bernama
Wed May 29 2013
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
Protests against Israel’s assault on Gaza have spread from Columbia and Yale to other universities in the U.S. as officials scramble to defuse a growing protest movement.
Helikopter AW139 kali pertama digunakan untuk lintas hormat - Mohamed Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata helikopter Skuadron 503 berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah itu mula digunakan sejak 2021.
Dakwa hubungan PH-BN kini retak, Fahmi minta Sanusi diam
Muhammad Sanusi pada Isnin mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan 'pecahkan lagi' keretakan dalam hubungan antara MCA dengan PH.
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: DAP sokong penuh siapa sahaja calon Kerajaan Perpaduan - Nga
DAP akan memberi sokongan penuh kepada siapa sahaja calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.
DAP hormati keputusan mahkamah libat isu tahanan rumah Najib
DAP akan menghormati keputusan mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
DAP belum bincang PRK, tumpu pengebumian Lee - Teo
DAP mahu tumpu urusan pengebumian mendiang Lee Kee Hiong sebagai penghormatan kepada penyandang kerusi DUN berkenaan.
DAP tubuh jawatankuasa urus pengebumian mendiang ADUN Kuala Kubu Baharu
DAP Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi menguruskan pengebumian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong yang meninggal dunia hari ini.
DAP sokong keberanian PM jadi suara antarabangsa dalam isu Palestin - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, ini kerana kekejaman di Gaza hanya dapat ditamatkan melalui penyelesaian antarabangsa.
UMNO-DAP: Pemimpin perlu tunjuk teladan, hindari kenyataan sensitif - Penganalisis
Pemimpin dalam parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan perlu menunjukkan teladan yang baik kepada akar umbi demi mengekalkan kestabilan yang wujud.
'DAP jangan guris hati orang Melayu' - Ahmad Maslan
Pimpinan utama parti dalam Kerajaan Perpaduan diminta lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan kerana dikhuatiri boleh menyinggung perasaan orang Melayu dan Bumiputera.