'Tak beradab, memalukan!' - PDRM tegur sikap pemandu rakam kemalangan demi likes

'Tak beradab, memalukan!' - PDRM tegur sikap pemandu rakam kemalangan demi likes
Setujukah anda jika PDRM lakukan langkah yang sama? -Gambar fail
SIKAP pemandu yang sengaja memperlahankan kenderaan apabila terlihat kejadian kemalangan bukan fenomena luar biasa.

Walaupun ada yang menganggap ia sebagai menunjukkan sikap prihatin, namun tindakan memperlahankan kenderaan semata-mata untuk mengambil gambar atau video untuk disebarkan di media sosial hanya mengundang bahaya dan mengganggu kelancaran lalu lintas.

Melihat kepada isu ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Instagram mereka hari ini memuat naik klip video yang memaparkan tindakan polis di luar negara dalam menangani perlakuan tidak disenangi ini.

Di dalam klip itu, seorang anggota polis Jerman bertindak menjemput pemandu yang tidak beretika untuk melihat sendiri keadaan mangsa dan seterusnya merakam gambar atau video secara lebih dekat dan jelas.
PDRM dalam posting itu mengutarakan isu berkenaan dan persoalan kepada pembaca sama ada tindakan sama patut dilakukan di sini demi mendidik pemandu yang 'tidak beradab' ini.

"Apa kata anda? Setiap kali berlaku kemalangan di jalan raya, pasti ramai di kalangan pengguna yang akan memperlahankan kenderaan untuk melihat apa yang berlaku.

"Ada segelintir mereka ini yang mengambil gambar atau video insiden untuk dimuat naik ke dalam media sosial. Perbuatan yang langsung tidak menjaga sensitiviti mangsa yang terlibat itu sangat tidak beradab dan memalukan.

"Bagi mengajar golongan yang suka mengejar 'likes' ini, Polis Jerman menggunakan pendekatan menarik dengan membawa mereka untuk melihat sendiri mangsa secara dekat.

"Pada anda, perlukah PDRM menggunakan kaedah yang sama untuk tujuan mendidik?"





Jadi, setujukah anda jika PDRM lakukan langkah yang sama? Komen di bawah atau di Facebook Astro AWANI.



Tag: PDRM, Instagram, video, Polis Diraja Malaysia, kemalangan, Jerman, polis, media sosial


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.