Seramai 11 individu ditangkap kali kedua kerana mengulangi perbuatan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar, mereka yang ditangkap adalah dari tujuh daerah negeri ini.

Tiga individu ditangkap di Sibu, dua orang di Sarikei, dua orang di Kuching, seorang di Limbang, seorang di Kota Samarahan, seorang di Padawan dan seorang di Meradong.

“Kita tidak tahu mengapa orang yang sama mengulangi perbuatan melanggar PKP.

"Sedangkan polis menguatkuasakan perintah ini demi memutuskan rantaian COVID-19 yang kini menjadi ancaman di seluruh dunia,” tegasnya.

Sementara itu, Dev berkata, 80 orang lagi ditangkap kerana ingkar PKP dalam tempoh 24 jam bermula 8 pagi semalam sehingga hari ini.

Tangkapan tertinggi adalah di Kuching iaitu seramai 36 orang, Miri (16), Kota Samarahan (6), Padawan (5), Sarikei (4), Betong (4), Mukah (4 orang), Simunjan (3 ), Limbang (1) dan Meradong (1).

Beliau menambah seramai 73 orang telah dituduh iaitu di Kuching seramai 36 orang, Miri (16), Kota Samarahan (6), Padawan (5), Sarikei (4), Betong (4), Mukah (4), Simunjan (3),Limbang (1) dan Meradong (1).

Jumlah tangkapan keseluruhan sejak 18 Mac ialah 1,493 orang dengan jumlah pertuduhan membabitkan seramai 932 orang