Keutamaan perlu diberi terhadap usaha menambah baik tempat tarikan pelancongan agar pelancong berminat untuk mengunjunginya, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, pada Sabtu.
Menurut beliau, tiada gunanya berbelanja untuk mengadakan promosi pelancongan sekiranya tiada aktiviti menarik yang boleh dilakukan pelancong di tempat berkenaan.
"Keutamaan kami sekarang ialah menambah baik aset negara terlebih dahulu kerana sesetengahnya kini berada dalam keadaan uzur," kata beliau pada sidang media bagi mengumumkan pertunjukan George Town Festival (GTF) tahun ini.
GTF, yang akan diadakan di George Town, Pulau Pinang dari 4 Ogos hingga 2 Sept ini, membuka tirainya dengan acara bertajuk 'Kelantan: A Living Heritage', yang akan diisi dengan lebih 100 persembahan serta pertunjukan seni visual untuk pengunjung.
Bakhtiar berkata menonjolkan bentuk kesenian Melayu tradisional melalui pertunjukan pembukaan itu merupakan suatu cara menarik untuk mempamerkan bakat serta sejarah negeri berkenaan secara unik kepada pelawat tempatan dan asing.
Katanya, festival itu terus merupakan antara festival paling berprestij di Asia dan menghidangkan beratus acara tempatan dan antarabangsa selama sebulan.
"Lebih 70 peratus daripada acara yang akan dianjurkan itu tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pengunjung.
"Memandangkan festival itu kini menjadi platform bagi mengetengahkan seni tempatan dan antarabangsa, saya percaya ia akan memperkukuhkan lagi usaha memelihara, memulihara dan melindungi seni, budaya dan warisan negara," katanya.
Pertunjukan pembukan itu akan menampilkan drama tari tradisional dikenali sebagai Mak Yong, gendang tradisional Rebana Ubi, Dikir Barat dan Wayang Kulit.
Pertunjukan itu dianjurkan dengan kerjasama ASK Dance Academy, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Jabatan kebudayaan dan Kesenian (JKKN).
Pengarah festival itu, Joe Sidek menggalakkan ibu bapa membawa anak masing-masing ke pertunjukan GTF bagi menyemai sikap menghargai seni dan budaya dalam kalangan generasi muda.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 21 2018
BAKHTIAR: Keutamaan kami sekarang ialah menambah baik aset negara terlebih dahulu kerana sesetengahnya kini berada dalam keadaan uzur. - Gambar fail
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
COVID-19: Perayaan Warisan George Town, George Town Festival 2020 dibatalkan
Difahamkan, George Town World Heritage Incorporated dan penganjur bersama, TLM Event Sdn Bhd akan menghubungi semua pihak yang terlibat untuk berunding semula terma-terma kolaborasi sebelum ini.
Tambah baik aset pelancongan sebelum adakan promosi - Bakhtiar
Tiada gunanya berbelanja untuk mengadakan promosi pelancongan sekiranya tiada aktiviti menarik yang boleh dilakukan pelancong di tempat berkenaan.