Tutup

Tambang LRT dan Monorail dijangka naik tahun hadapan

Tambang LRT dan Monorail dijangka naik tahun hadapan
KUALA LUMPUR: Tambang LRT dan Monorail dijangka naik tahun hadapan.

Menurut pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang menyemak semula struktur tambang pengangkutan awamnya.

Tambah beliau, tambang LRT tidak pernah dinaikkan sepanjang lebih kurang 10 tahun dan ianya akan dinaikkan pada tahun hadapan.

Jumlah peningkatan tambang tersebut tidak dapat dianggarkan selaras dengan kenaikan tarif elektrik pada 1 Januari ini.
Menurut laporan portal The Malay Mail Online, tambang bagi perkhidmatan Kereta api Tanah Melayu (KTM) akan turut disemak semula.

Memetik Syed Hamid Albar sebagai berkata kepada portal terbabit, semakan semula itu akan mengambil kira beberapa faktor agar kenaikan terbabit tidak akan membebankan pengguna.
SPAD juga akan memantau kos operasi dan penyelenggaraan yang ditanggung pengusaha perkhidmatan itu termasuk kos komponen.

Tambang LRT pada waktu ini ialah di antara 70 sen sehingga RM5.90.