Pergerakan tanah masih wujud di sekitar kawasan runtuhan di Jalan Ion De Element, Genting Highlands yang berlaku pada Selasa lalu.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands Penolong Kanan Penguasa Bomba, Yusry Abdullah Sani, pemeriksaan yang sedang dijalankan mendapati masih wujud pergerakan dan ketika ini pemantauan sedang dijalankan untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Beberapa kawasan di lokasi runtuhan berkenaan itu ditutup daripada sebarang aktiviti pembinaan, akses kenderaan yang keluar dan masuk juga dikawal.
BACA: Laluan ke Amber Court terhalang akibat tanah runtuh
"Masih terdapat pergerakan tanah dan ekoran dari pemeriksaan, (pergerakan) masih aktif sehingga hari ini. Kita sedang menunggu pihak berwajib untuk membuat kerja-kerja kawalan cerun untuk mengelak berlakunya gelombang kedua di kawasan ini," katanya.
BACA: Kerja pembersihan tanah runtuh Genting Highlands berdepan risiko
"Jika kadar hujan diterima hari ini tinggi, saya tidak nafikan ada kemungkinan berlaku runtuhan berskala lebih besar apatah lagi wujud pergerakan tanah," tambahnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dikawasan kejadian pada Khamis.
Pemantauan Astro Awani mendapati masih terdapat pergerakan mata air keluar dari sekitar runtuhan.
Dalam kejadian sekitar pukul 5.40 petang Selasa lalu, struktur cerun di Jalan Ion De Element dan hujan lebat berterusan selama lebih 3 jam merupakan antara faktor tanah runtuh di kawasan itu.
Kejadian turut menyebabkan jalan raya yang menghubungkan tiga kediaman termasuk sebuah hotel terputus hubungan akibat ditimbus tanah runtuhan.
Ketika ini, pemantauan Astro Awani mendapati masih terdapat pergerakan mata air keluar dari sekitar runtuhan.
Fareez Azman
Thu Nov 07 2019
Kawasan tanah runtuh di Jalan Ion De Element, Genting Highlands. - Sumber foto Astro Awani
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
SolaRIS memberdaya permintaan solar, tingkat peluang kerja - Pakar
Permohonan boleh dibuat bermula 1 April sehingga 31 Disember 2024 dan permohonan NEM Rakyat yang telah diperolehi perlu beroperasi selewat-lewatnya 31 Mac 2025, atau sehingga kesemua kuota rebat SolaRIS habis diagihkan, yang mana terdahulu.
Masyarakat dinasihati pantau penggunaan tenaga elektrik
Ketua Pegawai Retail, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kamal Ariffin A.Rahman berkata cuaca panas melampau mampu memberi kesan kepada kadar permintaan dan penggunaan peralatan elektrik isi rumah.
Perginya Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee
Jenazah Tokoh Wartawan Negara 2014 allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mahmud Isa Arbee selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 7 Shah Alam pada Jumaat.
'No free lunch', tiada penambahan hari tol percuma - Ahmad Maslan
Kerajaan tidak berhasrat untuk menambah bilangan hari bagi pemberian tol percuma sempena Aidilfitri tahun ini.
Masters Sepanyol: Jun Hao, Wan Arif-Roy King teruskan cabaran
Leong Jun Hao mengesahkan slot suku akhir Sepanyol Masters Super 300 selepas menewaskan pilihan keenam dari Taiwan, Lin Chun Yi.
Ringgit dibuka rendah susulan jangkaan AS tangguh turun kadar faedah
Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar AS.
[TERKINI] Bas persiaran terbalik, 2 maut di Bentong
Sebuah bas persiaran dilaporkan terlibat dalam kemalangan di Km 51.4 arah Timur (Bukit Tinggi - Lentang) lebuh raya Karak Bentong pada awal pagi Jumaat.
Pantau Belanjawan: Riba & gharar dalam aplikasi kewangan digital
9.24 juta telah daftar PADU
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) menunjukkan peningkatan iaitu 9.24 juta telah berdaftar setakat Khamis.
Sabah Memilih: Keadaan jalan teruk, pengusaha pelancongan boleh gulung tikar
Selvestone Junit berhasrat mengangkat nama Kota Marudu seperti Kundasang dan Semporna di Sabah.
Tanah runtuh Genting Highlands: Awas! Pergerakan tanah masih wujud - Bomba
Pemeriksaan mendapati masih wujud pergerakan tanah di sekitar kawasan runtuhan di jalan Ion De Element, Genting Highlands yang berlaku pada Selasa lalu.