Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini disambung hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Saadon Moktar berkata operasi SAR yang memasuki hari keempat hari ini bermula pada 8 pagi selepas ditangguhkan pada 7 malam semalam.
Beliau berkata operasi SAR pada hari ini memberi tumpuan kepada mencari kontena ke-13 yang dipercayai berada di sektor 2 yang terbenam kira-kira 20 meter dalam runtuhan tanah.
"Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) membuat pemeriksaan pada 7 pagi tadi dan keadaan di kawasan tanah runtuh selamat untuk menjalankan operasi SAR.
"Keadaan tanah stabil dan berharap cuaca baik untuk pasukan penyelamat melaksanakan operasi SAR hari ini," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
BACA: Tragedi Bukit Kukus: Mayat ketujuh tidak sempurna - Polis
Saadon berkata operasi SAR juga akan dipantau oleh JMG bagi memastikan keadaan sentiasa selamat dan tiada pergerakan tanah, bagaimanapun operasi akan dihentikan serta-merta sekiranya hujan.
"Hujan itu bukan hanya dikira di kawasan tanah runtuh sahaja tetapi jika hujan di kawasan berhampiran terutama di kawasan bukit, operasi SAR akan dihentikan kerana akan berlaku aliran air yang kemungkinan boleh masuk ke kawasan cerun di tanah runtuh ini dan menyebabkan berlaku pergerakan tanah," katanya.
Beliau berkata kira-kira 100 anggota dan pegawai pasukan penyelamat dari pelbagai agensi serta jabatan terlibat dalam operasi SAR hari ini.
BACA: NGO salahkan Kerajaan Pulau Pinang akibat kejadian tanah runtuh maut
Kejadian tanah runtuh yang dilaporkan pada 1.56 tengah hari Jumaat itu sehingga kini menyebabkan tujuh pekerja asing maut, empat cedera manakala tiga lagi dikhuatiri masih terperangkap dalam runtuhan tanah yang menimbus kontena serta rumah kongsi pekerja binaan Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus.
Mereka yang ditemukan maut setakat ini ialah dua lelaki warga Indonesia, empat lelaki Bangladesh serta seorang wanita Myanmar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 22 2018
Operasi SAR hari ini memberi tumpuan kepada mencari kontena ke-13 yang dipercayai berada di sektor 2 yang terbenam kira-kira 20 meter dalam runtuhan tanah. - Gambar fail
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
15 kedai, stesen minyak di Pekan Kota dilanda banjir kilat
Hujan lebat kira-kira jam 6 petang itu berlarutan sehingga satu jam menyebabkan limpahan air mencecah setengah meter.
14 rumah musnah dalam kebakaran di Nabawan
Pasukan bomba daripada BBP Sook, Keningau dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 89km selepas menerima panggilan pada 9.16 pagi.
Bomba Perak bekukan 70 peratus cuti raya pegawai, anggota
Sayani berkata hanya 30 peratus daripada 1,270 pegawai dan anggota diberikan kelonggaran untuk bercuti sempena perayaan itu.
Cuaca panas: Lebih 500 kebakaran direkodkan dalam tempoh tiga bulan - Bomba Kelantan
Peningkatan lebih 50 peratus itu agak membimbangkan dan dikenal pasti susulan cuaca panas serta kemarau yang melanda kira-kira dua bulan lepas.
Kanak-kanak lelaki warga Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok
Bomba menerima panggilan kecemasan memaklumkan mangsa yang beralamat di Kampung Ibrahim Pencen, Rantau Panjang telah hilang di sungai itu.
Kilang pengeluar sarung tangan terbesar musnah dalam kebakaran
Pusat Gerakan Operasi JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 berlaku kebakaran besar pada jam 10.27 malam.
Malaysia rekod peningkatan drastik kebakaran terbuka dua bulan pertama 2024 - Nga
Negara merekodkan peningkatan kes kebakaran terbuka yang sangat drastik dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Deretan kedai musnah terbakar dekat R&R Jalan Sungkai
Kebakaran melibatkan kedai kelas B berukuran 60 kaki x 40 kaki yang terbakar sebanyak 90 peratus daripada isi bangunan.
Bapa, anak perempuan maut dalam nahas di Keningau
Mangsa dikenali sebagai Masino Gelong, 45, dan Claeryina Mecthildis Masino, 4.
Lelaki rentung dalam kebakaran kereta terbabas
Bomba dapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi marak terbakar di lokasi kejadian membabitkan kemusnahan 80 peratus.