Tiga mayat dipercayai mangsa banjir lumpur di Ladang Sen Fu, dekat Tongod dijumpai di dua lokasi berasingan.

Dua mangsa ditemukan pada Isnin malam di Kampung Masaum, manakala satu lagi dijumpai pagi Selasa di Kampung Mangkawago.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat, operasi yang masuk hari keempat tertumpu di dua kawasan terbabit susulan penemuan.

Pencarian diteruskan di kawasan timbunan kayu, batu dan lumpur yang dibawa banjir.