Tutup

Tanah tidak stabil punca kren tumbang - SUKE

Tanah tidak stabil punca kren tumbang - SUKE
Sebuah kren tumbang di tapak pembinaan jalan berhampiran MRR2 kira-kira jam 9 pagi ini. Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kejadian kren tumbang di tapak pembinaan jalan berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berpunca dari permukaan tanah yang menempatkan jentera tersebut yang tidak stabil.

Menurut pemegang konsesi bagi Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian kren terbalik di KM25.2 berhampiran Dataran Ukay pada jam 10 pagi Isnin.
"Tiada kecederaan dan kerosakan harta awam yang dilaporkan. Pasukan kecemasan telah dikerahkan ke kawasan kejadian untuk memberi bantuan.

"Kerja-kerja pembersihan juga kini giat dijalankan bagi menyuraikan kesesakan trafik dengan kadar segera," katanya dalam satu kenyataan.
Kejadian kren tumbang berkenaan itu menyebabkan kesesakan sejauh empat hingga enam kilometer berlaku dari arah Hulu Klang ke Ampang.