Tangisan YB Menteri Pertanian cetusan hati ikhlas seorang Menteri - Reezal

Tangisan YB Menteri Pertanian cetusan hati ikhlas seorang Menteri - Reezal
Reezal Merican menegaskan Salahuddin mengambil risiko cukup besar jika kesusahan dan kepayahan golongan petani dan nelayan mahu disandiwarakan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Serak suara dan linangan air mata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub bukan dibuat-buat walaupun ramai yang menganggap ia sebuah lakonan, kata Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Reezal Merican berpendapat tangisan Salahuddin itu sebagai cetusan hati ikhlas seorang menteri yang prihatin terhadap nasib golongan petani dan nelayan.

Katanya surat wakil petani dari Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Besar, Ibas Hamud atau mesra dipanggil Wak Ibas itu mewakili naluri hati rakyat.
Beliau juga menegaskan Salahuddin mengambil risiko cukup besar jika kesusahan dan kepayahan golongan petani dan nelayan mahu disandiwarakan.

"Kalau tangisan Menteri itu mahu kita isbatkan dengan kesusahan rakyat; golongan petani, penternak, peladang dan nelayan mungkin masih punya harapan.

"Kita doakan sahaja Menteri Pertanian mampu "bersuara" lebih lantang di dalam kabinet yang seperti tidak mempedulikan kesusahan rakyat. Menteri Pertanian mesti berani menyanggah langkah penjimatan yang membebankan rakyat.

BACA: Surat kiriman petani, nelayan buat Salahuddin sebak


"Menteri jangan sekadar menangis lagi; tapi menaruh iltizam tinggi untuk memperjuang maslahat rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Reezal Merican juga menyeru semua pihak tidak menghina usaha yang baik biarpun berbeza idealogi politik.

Pada Khamis, Salahuddin menitiskan air mata ketika membaca surat yang diserahkan Wak Ibas pada majlis pelancaran hala tuju kementeriannya.

Tag: Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub, Reezal Merican Naina Merican, tangisan, linangan air mata, golongan petani, petani, nelayan


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.