Tiga pengundi bagi Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai hari ini membuat laporan Balai Polis Permas, ekoran nombor kad pengenalan mereka telah digunakan individu tidak di kenali di Pusat Mengundi SMK Sri Kukup dan SK Sungai Boh.

Mereka ialah You Teong King @ You Lau Ang, 72, Habibah Abdul Gafor, 72, dan Rihanah Soha, 60.

Ketiga-tiga pengundi itu dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa nombor kad pengenalan mereka telah pun digunakan lebih awal sebelum mereka membuang undi.

Ketika ini pihak media masih menunggu maklum balas daripada SPR.