Kerajaan Selangor akan mengambil kira pandangan semua pihak sebelum membuat keputusan berhubung cadangan kenaikan tarif air.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemo­denan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mes­yuarat di Langkawi Ogos ini.

Menurut­nya, penstruk­turan air dan pengambi­lalihan Syarikat Penge­luaran Air Selangor Sdn Bhd (Splash) dijang­ka akan mem­berikan kesan terhadap kemampuan kerajaan negeri membiayai kos tersebut.

"Perkara itu akan diputuskan oleh kerajaan negeri dengan mengambil kira pertimbangan semua sudut dan pandangan. Ia termasuk kaedah pemb­iayaan dan tidak memberikan kesan kepada golongan B40.

"Ia penting bagi mengelak isu berbangkit dan memastikan agenda serta program rakyat tidak terjejas, disebab­kan isu pembiayaan," katanya.

Sebelum ini, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli , Dr Xavier Jayakumar dalam wawancara dengan Malay Mail dipetik berkata, peningkatan tarif air di Selangor dijangka tidak dapat dielakkan selepas kerajaan negeri melakukan pen­strukturan semu­la penguru­san air bulan hadapan.

Xavier berkata, soal kenaikan tersebut dijalankan secara berperingkat bukannya terus kepada 100 peratus kenai­kan demi men­dapatkan perkhid­matan beka­lan air terawat yang lebih baik.

Mengulas lanjut, Izham berkata, terdapat kaedah lain yang boleh digunapakai selain kenaikan tarif air dicadangkan kementerian.

"Ada antara cadangan diterima dengan mengekalkan kadar pem­berian 20 meter padu air percuma kepada rakyat bawahan sementara pengguna menggu­nakan lebih daripada kadar itu yang akan dikenakan kenai­kan tarif.

"Apapun, rakyat perlu menerima hakikat bahawa proses pembelian dan pembaya­ran ke arah mem­beri­kan per­khid­matan ter­baik air terawat di Selangor melibatkan yang kos besar dan berkait dengan keupa­yaan kerajaan ne­geri me­nang­gungnya," katanya.