Tasik Chini terus menjadi mangsa pengabaian

Tasik Chini terus menjadi mangsa pengabaian
Keistimewaan Tasik Chini hilang dek arus pembangunan.
PEKAN: Bersulam mitos purba kewujudan naga bersisik besi, Tasik Chini mempunyai makna yang mendalam buat Orang Asli suku Jakun di Pekan, Pahang.

Bukan sahaja penting sebagai penyumbang ekonomi masyarakat setempat melalui pelancongan dan perikanan, Tasik Chini yang merupakan menyimpan sejarah kaum Jakun sehingga mereka mencipta lagu bagi menghargai sumbangan tasik air tawar semula jadi itu.

Namun, keistimewaan Tasik Chini hilang dek arus pembangunan apabila beberapa nikmat makanan, sumber pendapatan dan kehidupan buat masyarakat setempat kini tenat kerana diabaikan.

Malah, lebih mengecewakan apabila air tasik yang dahulunya jernih bertukar kelabu dan berbau busuk selain sampah sarap jelas kelihatan terapung-apung di sekitar jeti.

Tok Batin Kampung Cendahan, Awang Kassim.
Buat tok batin Kampung Cendahan, Pekan Awang Kasim, dia masih lagi terimbau kenangan keindahan Tasik Chini sewaktu kecil.

“Keadaan tasik itu dahulu dan kini jauh beza. Kini pelbagai projek pembangunan dan perlombongan hingga menjejaskan keistimewaan Tasik Chini,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini.

Tambah Awang, jika dahulu, air di tasik itu boleh diminum tanpa was-was tetapi tidak sekarang apabila ia tercemar dengan sisa-sisa perlombongan.

Untuk itu, tiada lagi impian yang ingin digapai Awang selain mahu melihat anak cucunya membesar dengan sihat dan boleh berdikari apabila dia sudah tiada.

Keadaan air Tasik Chini yang berwarna kelabu, berbau busuk akibat sisa-sisa perlombongan.

Kerana hidup ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’, beberapa anak dan cucunya hanya sempat mengenal huruf sehingga darjah tiga.

“Atok sudah tidak ada punca pendapatan. Dahulu di Tasik Chini ni ramai pelancong dalam sebulan boleh dapat RM1,000 seribu RM2,000 tetapi sekarang, untuk tahun ini, awak lah pelanggan pertama Tok,” ujarnya bersungguh-sungguh.

Awang Kasim adalah seorang Tok Batin atau ketua kampung di Kampung Cenderan, Tasik Chini, salah satu dari beberapa kampung Orang Asli yang masih wujud di sini.

Ujarnya lagi, kebanyakan penduduk asal di kampung tesebut telah berpindah ke Gumum yang lebih dekat dengan jalan besar dan Sekolah Kebangsaan Tasik Cini yang menempatkan lebih 118 pelajar Orang Asli.

Kanak-kanak yang masih tinggal bersama keluarga mereka di Kampung Cendahan, Pekan.

“Dahulu memang ramai penduduk di sini. Sekarang tinggal lima keluarga sahaja. Macam mana mereka mahu tinggal sini. Air tak ada, eletrik tidak ada, anak-anak tidak boleh belajar waktu malam, meraka tidak damat menonton televisyen.

“Saya faham kenapa ramai yang keluar tetapi saya tidak boleh keluar. Kebun arwah ayah saya ada di sini nanti bila saya keluar akan ada orang ceroboh. Tahu-tahulah tanah orang asli tidak ada geran,” katanya.

Untuk makluman statistik jumlah pelancong pada tahun 2016 merekodkan kedatangan lebih 16,000 orang namun pada tahan 2017, hanya 7,000 orang berkunjung ke tasik air tawar tersebut.