Tawau bakal diangkat menjadi bandar raya seiring dengan perpindahan ibu negara Indonesia ke wilayah Kalimantan Timur sebagai lokasi yang baharu menggantikan Jakarta.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, untuk ke arah itu, Tawau perlu bersedia menjelang tahun 2020 dengan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) menjadi Majlis Bandaraya Tawau.
Beliau berkata, pihaknya optimis perkara itu selepas melihat potensi Tawau untuk terus membangun.
"Hasil lawatan kerja dua hari di sini, saya melihat banyak potensi untuk membangunkan Tawau termasuk industri pelancongan, perniagaan dan perhotelan ekoran perpindahan ibu negara Indonesia yang baharu di Kalimantan.
"Justeru, lebih banyak kerja menaiktaraf khidmat pihak berkuasa tempatan dan infrastruktur akan dilakukan di sini," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak perumahan sewa beli di Batu 5, Jalan Apas, pada Isnin.
Zuraida berkata, susulan itu beliau turut mengesyorkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk melakukan lawatan kerja ke Tawau termasuk kawasan sempadan bagi melihat sendiri potensinya.
"Oleh itu, saya berharap menjelang 2020, Tawau bersedia diangkat menjadi Majlis Bandaraya Tawau.
Sementara itu, Zuraida berkata Tawau boleh dibangunkan sebagai bandar raya pintar melalui kerjasama pintar dengan pelabur daripada luar.
"Ada potensi pelaburan China yang banyak kali menawarkan kepada jabatan di bawah kementerian yang menjaga bahagian pembangunanbandar pintar serta kawasan pihak berkuasa tempatan," katanya.
Menurutnya, MPT boleh berbincang dengan pelabur berkaitan pembangunan Tawau sebagai bandar raya pintar tanpa membabitkan perbelanjaan dari kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 25 2019
Zuraida berkata Tawau boleh dibangunkan sebagai bandar raya pintar melalui kerjasama pintar dengan pelabur daripada luar. - Photo by CEphoto, Uwe Aranas
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Bangkai, serpihan helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas
Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu dimulakan pada jam 9 pagi pada Khamis dan selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dunia siber yang selamat perlu input wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, sasaran dunia siber yang lebih selamat memerlukan input daripada wanita untuk memahami cara bagi membolehkan ekosistem selamat diwujudkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang Joanna Felicia diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Polis buka kertas siasatan komen jelik
Polis membuka kertas siasatan ke atas pemilik akaun Twitter Saifuddin Shafik berhubung komen jelik yang dimuat naik dalam media sosialnya itu membabitkan nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa.
Niaga AWANI: Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - DOSM
Bagi inflasi di peringkat negeri, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Sibujaya tidak lagi berimejkan pedalaman
Itu gambaran yang diberikan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika merasmikan Karnival Konsert Sibujaya 2023.
Naik taraf status MPAJ kepada bandar raya dalam tempoh tiga tahun - Amirudin
Kerajaan Negeri Selangor menyasarkan untuk menaik taraf status Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kepada sebuah bandar raya dalam tempoh tiga tahun lagi.
Ipoh raih tempat kedua PBT terbaik Malaysia kategori bandar raya
Semoga kejayaan itu menjadi pemangkin kepada MBI untuk lebih cemerlang dan menjadi penanda aras kepada PBT lain di seluruh Malaysia.
Kulai perlu bersedia sebelum bergelar bandar raya
Perkara itu terlebih dahulu akan dinilai daripada keperluan semasa dan perkembangan sosio masyarakat.
Sandakan dinaik taraf bandar raya Februari depan - Bung Moktar
Sandakan akan dinaik taraf sebagai bandar raya kedua di Sabah selepas Kota Kinabalu, Februari depan.
Menara Kuantan 188, mercu baharu kebanggaan bandar raya pertama Pahang
Pada waktu malam, menara yang dahulunya dikenali sebagai Menara Teruntum, bercahaya dilimpahi lampu berwarna sekali gus menghidupkan suasana sekitar Kuantan Waterfront.
Perubahan status Kuantan akan bawa banyak kesan positif - Muhyiddin
Perubahan status bandar Kuantan tentunya akan membawa banyak kesan positif kepada penduduk dalam pelbagai segmen.
COVID-19: Rumah jagaan warga emas di New York wajib buat ujian saringan
Rumah penjagaan di New York diwajibkan menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atas kakitangannya dua kali seminggu.
Seremban, dulu kawasan bijih timah kini bandar raya
Petempatan awal masyarakat di Negeri Sembilan adalah di Sungai Ujong, yang mula dibuka pada 1773, iaitu 247 tahun dahulu.
Penduduk yakin Seremban akan rancak membangun dengan status bandar raya
Seremban yang dinaik taraf menjadi bandar raya dilihat akan merancakkan aktiviti ekonomi serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan terutamanya kepada generasi muda.