Hakikatnya, beberapa negara sudah berjaya melaksanakan projek tebatan banjir bagi mengelakkan kerugian jutaan ringgit.

Pada 2015, banjir besar Kelantan menyebabkan kerugian sekurang-kurangnya RM1 bilion harta benda awam menyebabkan kerajaan lebih serius untuk mempercepat projek tebatan banjir di seluruh negara.

Bagaimanapun, wujud beberapa model yang sudah lama diguna pakai untuk mengatasi banjir yang diakibatkan oleh ribut di negara luar.

Belanda yang terletak di bawah paras laut umpamanya, membangunkan projek perlindungan banjir terbesar dunia yang merangkumi dua elemen utama; Oosterscheldekering dan Maeslantkering.

Projek berkenaan bagi melindungi penduduknya dari risiko ribut Laut Utara.

Oosterscheldekering merupakab ’penghadang ombak ribut’ sepanjang 9km dan empangan yang diperkukuh 65 tiang konkrit.

Tebatan banjir Ia melibatkan pembinaan dua penghadang dengan mekanisme buka dan tutup serta mampu membolehkan kapal keluar masuk dan ditutup semasa ribut.

Projek ini digunakan untuk melindungi bandar besar seperti Rotterdam.

Teknologi yang sama turut digunakan di Sungai Thames, London. Ia mula beroperasi sejak 1982 bagi mengawal banjir di seluruh Greater London ketika air pasang di Laut Utara.

Penghadang banjir sepanjang 3 kilometer itu terletak antara Isle of Dogs dan New Charlton.

Sungai Thames".