Teguran Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador kepada ahli politik hari ini meraih pujian rakyat Malaysia.

Abdul Hamid dalam satu sidang media pada Sabtu meminta ahli politik supaya berpolitik dalam kancah parameter mereka agar tidak membebankan pihak lain termasuk masyarakat.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya berhubung sebuah video intim yang mengaitkan seorang menteri kanan baru-baru ini.

Menurut beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan termasuk kos penerbangan pegawai penyiasat bagi menjalankan siasatan kes video tersebut.

Susulan itu, rata-rata netizen memuji ketegasan Abdul Hamid sebagai Ketua Polis Negara yang disifatkan sebagai tegas dan padu.

BACA: Video intim: "Bila saya umumkan, marah saya pula" - KPN

"Inilah Ketua Polis Negara yang kita mahu. Tegas dan padu," kata seorang netizen, Azhar.

"Salute Datuk Seri. Betul dan tepat nasihat beliau. Kita perlu ada politik matang yang mendokong political governance," tambah seorang lagi netizen, Noraini.

"Ketua Polis yang terbaik setakat ini.. Salute Datuk Seri," kata Hairis pula.


Netizen juga berharap semua pihak polis akan tumpu kepada keharmonian negara dan bukannya kepada isu politik yang remeh.