"Tempoh 'perbincangan senyap' sudah berlalu,"

Beliau berkata demikian sewaktu ditanya pemberita sama ada beliau akan berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas memberikan kritikan secara terang-terangan menerusi blognya.

"Saya tidak akan berjumpa dengan Najib, saya dah pun berjumpa beliau dan mereka juga ada menyuruh saya diam dan saya telah pun diam selama empat tahun.

"Kita dah melepasi tahap di mana kita adakan perbincangan secara senyap.. ini langkah terakhir, saya terpaksa buat secara terbuka," tegas beliau.

"Macam 1MDB kita tanya berkali-kali tak ada jawapan.. ada dengar Najib jawab? Walaupun dalam himpunan ketua-ketua bahagian tak ada dia jawab. Ada yang bagi arahan jangan bangkit perkara ini.. itu bukan jawapan," katanya lagi.

Dr Mahathir juga berkata beliau sebelum ini telah menyimpan harapan tinggi kepada Najib selepas pengunduran bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Saya simpan penuh harapan pada Najib tetapi saya lihat prestasi dia buruk lagi dari Pak Lah.

"Sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 dahulu saya kata kalau pencapaian dia buruk lagi dari Pak Lah dia patut berhenti... Berhenti dari jadi perdana menteri dan presiden parti," tambahnya.

UMNO perlu menukar pemimpin mereka bagi memulihkan negara ini, saran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, ini adalah langkah terbaik bagi memenangi hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

"Kalau dia nak selamat, saya fikir dia kena tukar pemimpin... pasal terlalu banyak skandal dan dia tak dapat jawab," kata Dr Mahathir pada sidang media selepas menghadiri forum di Cyberjaya pada Sabtu.

Bagaimanapun katanya, beliau masih menyokong UMNO, cuma tidak bersetuju dengan kepimpinannya sahaja.