Tempoh setahun diperlukan untuk percepat pendaftaran secara automatik - Abdul Rashid

Tempoh setahun diperlukan untuk percepat pendaftaran secara automatik - Abdul Rashid
Abdul Rashid berharap mereka yang mencapai umur 18 tahun dan layak mengundi perlu bersikap seperti orang dewasa dengan melaksanakan tanggungjawab demokrasi mereka. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya memerlukan tempoh setahun untuk mempercepatkan pendaftaran secara automatik bagi mereka yang layak mengundi.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, tempoh itu diperlukan bagi membolehkan semua yang layak didaftarkan.

Selain itu, tempoh itu juga diperlukan bagi memastikan sistem daftar pemilih Suruhjaya Pilihan Raya (SPR) dapat dibersihkan dan tidak dipertikaikan seperti sebelum ini.

Abdul Rashid berkata, apa yang lebih penting ialah mereka yang layak mengundi perlu melaksanakan tanggungjawab mereka di tempat yang betul.
"Yang penting sekali ialah rakyat Malaysia mesti jujur, kalau dia tinggal di tempat A dia mesti kata saya tinggal di temnpat A dan dia mesti mengundi di sana.

"Satu lagi kekhuatiran saya ialah kalau alamat dia tak tepat, peratus pengudian akan turun, bila cukup umur 18 boleh daftar tapi dia tak pergi mengundi, tak guna juga," katanya dalam Buletin AWANI Khas sempena bacaan kedua pindaan perlembagaan bagi membolehkan remaja berusia 18 tahun layak mengundi.

Sehubungan itu, Abdul Rashid berharap, warganegara yang mencapai umur 18 tahun dan layak mengundi perlu bersikap seperti orang dewasa dengan melaksanakan tanggungjawab demokrasi mereka.

Menurut Abdul Rashid, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini mempunyai tanggungjawab yang lebih besar bagi memastikan pendaftaran secara automatik ini berjalan lancar.

Selain itu, Abdul Rashid berharap golongan remaja terutama yang berusia 18 tahun perlu memahami apakah kuasa yang diberikan oleh negara kepada mereka sekarang.

Katanya, golongan remaja perlu memahami erti penggubalan perlembagaan negara bagi membenarkan mereka yang berumur 18 tahun layak mengundi.

Abdul Rashid berkata, apa yang penting selepas perlembagaan itu dipinda ialah pendidikan untuk kepada golongan remaja bagi mereka lebih memahami hak yang berikan kepada mereka.

"Mereka mesti didedahkan dengan pengetahuan mengenai hak mereka di dalam politik dan juga di dalam pengundian," katanya lagi.

Dalam masa sama, Abdul Rashid juga berharap dengan adanya pengiktirafan negera seumpama ini, pihak berwajib lebih memberi penekanan kepada usaha mendidik remaja mengenai demokrasi dan pilihan raya.

Tag: Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Ray, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, pilihan raya, SPR, undi, 18 tahun


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.