Tengkorak, gumpalan rambut dan gigi dipercayai Nur Aishah dibedah siasat

Tengkorak, gumpalan rambut dan gigi dipercayai Nur Aishah dibedah siasat
Pada Rabu, tengkorak kepala milik Nur Aisyah ditemui bersama helaian rambut yang didakwa milik kanak kanak tersebut ditemui di kawasan gaung berdekatan hutan Gunung Raya. - Gambar fail
ALOR SETAR: Tengkorak kepala, gumpalan rambut dan dua batang gigi yang dipercayai milik Nur Aishah Aleya Abdullah, 3, yang ditemui di jalan Gunung Raya, Langkawi minggu lalu dibedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, di sini hari ini.

Sampel bukti terbabit dihantar ke Alor Setar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi, pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintenden Mohd Iqbal Ibrahim, proses bedah siasat tersebut bermula pada jam 11.30 pagi dan selesai kira kira jam 1 petang.

BACA: Mayat kanak-kanak hilang Nur Aisyah Aleya ditemui, dipercayai meninggal dunia dua minggu lalu.

Tambahnya, sampel dan juga keputusan bedah siasat akan terus dibawa ke Jabatan Kimia Petaling Jaya untuk pengecaman identiti yang akan dijalankan pada Isnin.

“Selesai dari proses post morterm ini kita akan bawa balik ke Langkawi dan sampel akan dibawa ke Jabatan Kimia pagi esok, kita akan pergi ke Kuala Lumpur pada petang ini tetapi esok pagi baru boleh hantar (sampel) sebab Jabatan Kimia tutup hari Ahad,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.


Turut hadir di Jabatan Forensik, ibu mangsa, Rosmaliah Samo bersama majikannya namun mereka enggan memberikan sebarang komen mengenai proses bedah siasat hari ini..

Sementara itu, Iqbal menjelaskan setakat ini, tiada penemuan terbaharu di lokasi mayat ditemui dengan bilangan saksi juga masih kekal 13 orang.

Jumlah termasuk lima orang anak kandung mangsa yang telahpun diambil keterangan di Pusat Temuduga Kanak Kanak (CIC), Kuala Lumpur.


Pada Rabu, tengkorak kepala milik Nur Aisyah ditemui bersama helaian rambut yang didakwa milik kanak kanak tersebut ditemui di kawasan gaung berdekatan hutan Gunung Raya.

Ia susulan penahanan kedua-dua suspek di sebuah inap desa di Ampang, Selangor, selepas didakwa melarikan diri susulan laporan polis dibuat ibu kanak kanak terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi.









Tag: Kuala Lumpur, Hospital, Langkawi, Ampang, Petaling Jaya, meninggal dunia, anak, suspek, Kanak-kanak, Alor Setar, Nur Aishah Aleya, Ketua Polis Daerah Langkawi, Suprintenden Mohd Iqbal Ibrahim


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.