Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa lega dan berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen Selayang pada Khamis yang menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap individu yang melakukan kekejaman terhadap kucing di sebuah dobi layan diri pada September tahun lepas.
Baginda yang juga merupakan Penaung Diraja Kempen Stray Free Selangor, bagaimanapun dalam masa yang sama turut berasa amat dukacita dan sedih kerana masih berlaku beberapa insiden yang melibatkan kekejaman terhadap haiwan antaranya seperti anak kucing dipijak sehingga mati, serta perbuatan meracun dan membakar anjing.
"Akta Kebajikan Haiwan 2015 jelas memperuntukkan bahawa hukuman denda RM20,000 hingga RM100,000 dan/atau penjara sehingga 3 tahun boleh dikenakan terhadap sesiapa yang melakukan kekejaman terhadap haiwan.
"Saya memohon kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyemai sifat kasih sayang dan belas kasihan terhadap haiwan yang terbiar di jalanan ini yang tidak mampu untuk mempertahankan diri mereka sendiri," katanya dalam satu kenyataan yang dimuatnaik oleh laman Facebook Selangor Royal Office pada Khamis.
BACA: Bunuh kucing dengan kejam di kedai dobi, pemandu teksi dipenjara dua tahun
Baginda turut menggesa Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negara agar mengambil tindakan pro-aktif dalam mempromosikan 'Caring and Compassionate Communities' menerusi pendidikan perikemanusian bagi pemilikan haiwan peliharaan secara berhemah dan bertanggungjawab.
"Ia termasuk memperbanyakkan inisiatif pemandulan serta membina pusat perlindungan bagi menjaga haiwan-haiwan terbiar yang masih sihat dan tidak agresif ini.
"Sebagai Penaung Diraja Kempen Stray Free Selangor The Humane and Compassionate Way bersama SPCA Selangor, saya mengalu-alukan usaha-usaha yang dijalankan di bawah kempen Stray Free Selangor ini, dan menggesa pihak berkuasa terlibat agar bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat yang prihatin ke arah membanteras sebarang bentuk perlakuan kejam terhadap haiwan," katanya.
Mahkamah Sesyen Selayang dekat sini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas seorang lelaki yang videonya tular berhubung tindakan kejam bersama rakannya membunuh kucing yang dipercayai bunting dengan memasukkan haiwan itu ke dalam mesin pengering di sebuah dobi layan diri.
Hakim Rasyihah Ghazali menjatuhkan hukuman itu ke atas pemandu teksi A. Mohanraj, 42, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah, pada sebutan kes hari ini.
Sebelum ini, tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan kejam tiga individu yang membunuh kucing yang dipercayai bunting dengan cara memasukkannya ke dalam mesin pengering berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 17 2019
Tengku Permaisuri Norashikin menggesa pihak berkuasa terlibat agar bekerjasama dengan NGO dan masyarakat yang prihatin ke arah membanteras sebarang bentuk perlakuan kejam terhadap haiwan. Facebook Selangor Royal Office
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Inspirasi bermakna daripada Forum Umrah & Ziarah 2024
Usaha meningkatkan kapasiti Mekah dan Madinah bagi membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan umrah kini menjadi fokus utama kerajaan Arab Saudi.
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Penjawat awam perlu amal kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas - PM Anwar
Penjawat awam digesa untuk sentiasa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan pantas.
PKP 2.0: Kedai dobi layan diri, gunting rambut antara operasi dilarang
Waktu operasi turut dihadkan bagi beberapa premis perniagaan, seperti restoran yang hanya dibenarkan buka dari 6 pagi ke 8 malam.
Tiga kedai dobi ingkar SOP diarah tutup seminggu
Operasi bersepadu bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bermula pukul 4 petang mendapati premis dobi tersebut tidak mencatat kehadiran dan mengambil suhu badan pelanggan.
Pembunuh kucing di dobi Kepong direman empat hari
Perintah reman ke atas lelaki itu diperolehi dari Mahkamah Selayang, Selangor selama 4 hari, mulai 13 Julai hingga 16 Julai 2020
PKP: Kedai dobi, kedai elektrik, kedai barangan logam dibenar beroperasi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini mengumumkan tiga subsektor tambahan boleh beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Perkhidmatan (PKP) fasa tiga.
Pusat dobi layan diri tidak dibenarkan beroperasi
Turut tidak dibenarkan beroperasi, pasar malam dan pasar tani sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengelakkan orang ramai berkumpul
Bunuh kucing bunting guna pengering dobi, pekerja kontrak diarah bela diri
Rasyihah Ghazali membuat keputusan itu terhadap K. Ganesh, 42, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
Tengku Permaisuri Selangor lega pembunuh kucing dihukum
Tengku Permaisuri Norashikin dalam masa yang sama turut berasa amat dukacita dan sedih kerana masih berlaku beberapa insiden yang melibatkan kekejaman terhadap haiwan.
Bunuh kucing: Juruteknik elektrik dibebas tanpa dilepaskan daripada tuduhan
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ain Shafie memaklumkan pihaknya mendapat arahan daripada pengarah pendakwaan veterinar Selangor untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap tertuduh.
Bunuh kucing di dobi, dua rakan didakwa di mahkamah
A. Mohanraj, 41, S.S. Satthiya, 26, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini.
Suspek kedua kes samun kedai dobi ditahan
Suspek lelaki berusia 20 tahun itu ditahan di tepi jalan di Bukit Tengah, Juru, Pulau Pinang pada 7 pagi semalam.