Terengganu muncul negeri pertama mengambil langkah mengagihkan kit pengurusan jenazah secara percuma di negera ini.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, inisiatif itu bagi membantu meringankan beban masyarakat Islam di negeri berkenaan.

Menurutnya, sebanyak 2,000 kit melibatkan peruntukan hampir RM600,000 diagihkan kepada 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan kawasan Parlimen di Terengganu.

"Kalau kita hendak cari satu persatu bahan, memang ia akan memakan masa. Jadi, dengan kandungan kit yang kita sediakan, ia akan meringankan dan memudahkan pengurusan jenazah rakyat," katanya pada Rabu.

Ahmad Samsuri berkata, antara penaja sumbangan itu ialah Syarikat Air Terengganu.

Tambahnya, sumbangan yang julung kali dilaksanakan itu akan diteruskan lagi dari semasa ke semasa.