Tutup

Teresa Kok tidak setuju dengan tindakan Kesatuan Eropah

Teresa Kok tidak setuju dengan tindakan Kesatuan Eropah
Teresa Kok membantah tindakan EU yang mengkategorikan minyak kelapa sawit sebagai berisiko tinggi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Industri Utama, Teresa Kok membantah dan tidak bersetuju dengan tindakan Kesatuan Eropah (EU)  yang mengkategorikan minyak kelapa sawit sebagai berisiko tinggi dalam satu akta pada Jumaat.

“Negara-negara pengeluar minyak sawit termasuk Malaysia bersetuju bahawa akta ini mempunyai unsur-unsur yang tidak wajar dan ada unsur diskriminasi,” katanya.
Tindakan EU yang mengurangkan skala kawasan perladangan dalam draf Akta Delegasi daripada 2 hingga 5 hektar kepada 2 hektar sahaja telah menyekat perniagaan dan pendapatan peladang kecil.

Teresa juga mempersoalkan tindakan EU yang mempunyai unsur politik apabila mengkategorikan minyak kacang soya sebagai risiko rendah sedangkan ia juga membawa kepada penebangan hutan yang besar dan jumlah penghasilan minyak sedikit berbanding kelapa sawit.
“Penyelidik EU sendiri mengatakan kacang soya membawa kepada penebangan hutan yang besar dan penghasilan sehektar bagi minyak kelapa sawit lapan kali lebih banyak berbanding minyak kacang soya Amerika Syarikat (AS),” kata Teresa.

Keputusan Suruhanjaya Eropah untuk menghapuskan minyak kelapa sawit sebagai biodiesel di Eropah adalah tidak berasas dan memperlihatkan ketulusan EU dalam melaksanakan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDGs).

Beliau juga mendakwa Akta Delegasi ini bersifat diskriminasi ke atas ekonomi berjuta-juta petani kecil di negara-negara membangun seperti di Asia Tenggara, Afrika dan Amerika Latin yang menghasilkan minyak kelapa sawit.

Tambahan lagi jika Akta Delegasi akhirnya diterima pakai, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir akan melaksanakan siasatan ke atas tindak balas eksport Eropah.

Malaysia juga akan bekerjasama dengan negara-negara jiran dalam Majlis Negara Pengeluaran Minyak Sawit untuk memerangi isu ini dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).


Tag: Mahathir Mohamad, Teresa Kok, EU, AS, Perdana Menteri, ekonomi, Kesatuan Eropah, akta deligasi, kelapa sawit, minyak sawit, Menteri Industri Utama, politik, minyak, Malaysia, Pertubuhan Perdagangan Dunia



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.