Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat atas jemputan Presiden Donald J. Trump seharusnya menjadi sesuatu yang diterima baik rakyat, bukannya diperkecilkan, kata bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Awang Adek berkata sebagai bekas duta negara ke Amerika, beliau terpanggil mengulas mengenai lawatan berkenaan yang diperkecil-kecilkan sesetengah pihak sebaliknya menyifatkannya ia sebagai satu penghormatan serta bukti Malaysia sebuah negara kecil yang dipandang tinggi kuasa besar dunia itu.
"Pengalaman saya semasa bertugas di Washington DC, nama Malaysia sentiasa mendapat tempat dan pandangan dunia termasuk Amerika. Malaysia dilihat sebagai negara berprinsip dan bebas menyuarakan sebarang pandangan.
"Sebab itu negara besar lain juga mahu mendapatkan pandangan Malaysia dan ini bukti Malaysia ada tempat di negara-negara di dunia ini, maka jemputan tersebut adalah suatu penghargaan," katanya pada satu sidang media di sini.
Awang Adek berkata jemputan Trump menunjukkan Malaysia merupakan sebuah negara penting yang dihormati termasuk berhubung pendirian Malaysia dalam memerangi keganasan dan kelantangan mengenai isu kemanusiaan melibatkan etnik Rohingya di Myanmar.
Ia terbukti apabila dalam lawatan berkenaan, semua isu tersebut merupakan antara isu yang dibincangkan dalam pertemuan Najib dan Trump selain delegasi negara mendapat layanan istimewa daripada presiden berkenaan, katanya.
Najib mengadakan lawatan kerja ke Washington DC mulai 11 hingga 13 Sept.
Pembangkang dan pihak tidak bertanggungjawab telah melemparkan pelbagai tohmahan dan dakwaan palsu berhubung lawatan tersebut termasuk mengenai status lawatan tersebut.
Awang Adek yang menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika pada 2014 hingga 2016 berkata, pada era pemerintahan Najib, Malaysia menerima dua kali lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama iaitu pada 2014 dan 2015 dan ini menunjukkan Amerika mempunyai hubungan diplomatik yang kukuh dengan negara ini.
Katanya lawatan terakhir Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia sebelum itu adalah 46 tahun lalu iaitu lawatan oleh Presiden Lyndon Baines Johnson.
Awang Adek juga menegaskan bahawa lawatan Obama dan jemputan Trump baru-baru ini tidak didalangi oleh sebarang usaha melobi.
Awang Adek turut mengesahkan kenyataan Najib bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah melobi jutaan ringgit untuk bertemu Presiden George W.Bush pada tahun 2002.
"Saya ingin mengesahkan mempunyai maklumat bahawa PM yang dulu (Tun Mahathir) ada melobi untuk mendapatkan perjumpaan dengan Presiden Bush. Saya tidak ingat berapa jumlahnya tetapi jutaan RM, saya dapat maklumat daripada rakan-rakan saya, tetapi saya tidak mahu mengulangi nama mereka yang telah meninggal dunia," katanya.
Najib sebelum ini menempelak Dr Mahathir sebagai hipokrit kerana melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadapnya sedangkan bekas perdana menteri itu sanggup berbelanja berjuta-juta ringgit untuk bertemu bekas Presiden Amerika Syarikat pada 2002.
Anak lelaki Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub dilaporkan berkata ayahnya pernah membantu Dr Mahathir mengatur pertemuan dengan Bush di White House dengan membayar jutaan ringgit pada Mei 2002.
Dalam pada itu, Awang Adek ketika mengulas mengenai pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menyifatkan pelaburan berkenaan sebagai wajar namun ia dipolemikkan sehingga mendapat pandangan buruk rakyat.
"KWSP melabur di luar negara untuk mendapat pulangan lebih tinggi, tindakan KWSP adalah baik. Sebagai pelabur kita perlu melihat negara yang boleh membawa pulangan lebih baik, apa salahnya melabur di Amerika? Jika pulangan pelaburan di negara lain juga baik, kita juga akan pergi (melabur) ke negara lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2017
Awang Adek berkata jemputan Trump menunjukkan Malaysia merupakan sebuah negara penting yang dihormati. -Gambar fail
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Pakistan bidas AS terhadap sekatan ke atas firma pembekal item misil balistik
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan Mumtaz Zahra Baloch berkata Washington pada masa lepas telah mengambil langkah sedemikian tanpa bukti.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.