PERINTAH Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan rakyat Malaysia perlu menjalani arahan PKP selama 94 hari.
Mungkin ada yang mengeluh, tapi langkah itu adalah yang terbaik demi kesejahteraan semua.

Paling mencabar pastinya petugas barisan hadapan yang tidak pernah jemu menjalankan tugas. Semuanya demi memastikan COVID-19 tidak terus merebak.

Sudahlah berdepan risiko, berjauhan dengan keluarga, pastinya sokongan emosi amat diperlukan bagi memastikan mereka terus kuat mengharungi hari-hari mendatang.

Begitu juga dengan anggota keselamatan yang bertungkus-lumus menjalankan tugas demi meastikan rakyat keseluruhannya patuh pada PKP. Tidak mudah sebenarnya amanah itu, kerana setiap hari perlu berdepan dengan 1,001 kerenah dan alasan manusia.

Barisan petugas hadapan sanggup berkorban demi negara

Sejak perintah PKP diumumkan 18 Mac lalu, pelbagai bantuan dan sokongan diberikan kepada barisan hadapan dan tidak ketinggalan golongan yang memerlukan.

Pelbagai pihak dari orang persendirian, Badan Bukan Kerajaan (NGO) tampil memberikan bantuan khususnya dari segi makanan.

Tidak ketinggalan sokongan emosi buat mereka.

Hotel Tanera Bangi misalnya, sokongan moral disampaikan buat barisan hadapan sangat istimewa.

Sejak 25 Mac pengurusan Hotel Tenera Bangi memberi kata-kata semangat yang dipaparkan menerusi cahaya lampu di tingkat bilik hotel.



Setiap hari tanpa gagal, akan ada perkataan yang dikongsikan.


Antara lain, ia juga memberi kata-kata semangat buat buat semua rakyat Malaysia yang sedang menjalani PKP.


Langkah sama diambil pengurusan Hotel Riverside Majestic, Kuching, Sarawak yang memaparkan tanda hati buat seluruh rakyat Malaysia dengan kapsen, “Let’s bring light to the darkness and hope to the world.”
Malah, ucapan juga disampaikan dengna pelbagai bahasa ibunda.

Stay at home. Renah di rumah. Diau ba rumah. Kuduk gak lebuk. Pelak mai umak. Mende de ramin.