Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata pihaknya menerima dengan hati terbuka keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang tidak memihak kepada Pakatan Harapan (PH) yang meletakkan calon daripada Bersatu.
Naib presiden PH itu berkata gabungan berkenaan akan membaiki segala kelemahan bagi memenangi kembali hati rakyat.
"Kami sudah cuba sedaya mungkin tapi rakyat lebih tahu apa pilihan mereka, kami terima keputusan ini dengan hati terbuka. Mana-mana kelemahan akan kami baiki," katanya kepada pemberita di bilik gerakan utama PH di sini malam tadi.
Barisan Nasional (BN) menawan semula kerusi DUN Semenyih selepas calonnya, Zakaria Hanafi memenangi persaingan empat penjuru dengan majoriti 1,914 undi.
Kata Mukhriz: "Kami anggap (kekalahan) ini sebagai satu mesej yang mana kami perlu hayati sebaik mungkin."
Zakaria, 58, meraih 19,780 undi untuk menewaskan calon PH Muhammad Aiman Zainali, 30, yang memperoleh 17,866 undi; Nik Aziz Afiq Abdul, 25, daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) (847 undi) dan calon bebas yang juga aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng, 56, (725 undi).
Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Mohd Sayuthi Bakar pada kira-kira 9.20 malam di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian, Kajang.
Dalam pada itu, Muhammad Aiman mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan PH yang meletakkan beliau sebagai calon dalam PRK berkenaan.
"Terima kasih juga kepada pengundi yang mengundi saya hari ini," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kerjasama baik antara BN dan Pas membuahkan hasil di kerusi DUN Semenyih.
"Kami juga hendak lihat negara diurus dengan baik. Kami (BN dan PAS) mahu membuat semakan dan imbangan (kepada urusan pentadbiran negeri dan negara)," katanya kepada pemberita di Dewan Seri Cempaka yang menjadi pusat penjumlahan rasmi undi bagi PRK itu.
BACA: Kemenangan BN tanda referendum rakyat terhadap PH - Mohamad Hasan
Zakaria pula merakamkan ucapan terima kasih kepada pengundi di Semenyih yang telah memberi kepercayaan kepadanya untuk menjadi wakil rakyat.
Bagi Kuan atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang, biarpun tewas namun beliau amat berpuas hati dengan sokongan yang diberikan warga Semenyih.
"Undian yang saya terima menjangkau sasaran saya, saya berpuas hati. Saya akan terus berkhidmat dan membantu rakyat di Semenyih dan kawasan lain," katanya.
BACA: PRK Semenyih: 'Aku dah sedia terima yang buruk' - Uncle Kentang
Beliau turut melahirkan hasrat bertanding di kerusi Parlimen Puchong pada pilihan raya umum akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 02 2019
MUKHRIZ: Kami sudah cuba sedaya mungkin tapi rakyat lebih tahu apa pilihan mereka. - Gambar fail
AWANI Borneo [23/04/2024] – Selamat jalan pemimpin negara | Hasil negeri | Mendiang cucu yang bertanggunggjawab
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Jasmine Abu Bakar
#AWANIBorneo 23 April 2024
- Jasad mendiang Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan
- Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil lombong di Tawau
- Mendiang Felicia seorang cucu yang bertanggungjawab
#AWANInews
#AWANIBorneo 23 April 2024
- Jasad mendiang Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan
- Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil lombong di Tawau
- Mendiang Felicia seorang cucu yang bertanggungjawab
#AWANInews
Awie anggap bayaran rendah untuk artis veteran satu penghinaan
Pengarah filem Rebel itu juga mengajak penggiat seni untuk mengenang kembali perjuangan para artis senior suatu ketika dahulu.
Nahas helikopter Lumut: Joanna seorang penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Sedih dan muram namun reda, itu yang dapat dilihat pada wajah ahli keluarga mendiang Joanna Felicia Rohna sejurus mendapat perkhabaran duka tragedi pemergiannya pada pagi Selasa.
Meta tawarkan sistem operasi yang menguasakan Quest kepada pengeluar lain
Ini sekali gus menjadikan Horizon OS akan menerajui arena set realiti maya, lebih kurang seperti Android yang menguasakan telefon pintar.
Nahas helikopter Lumut: Sepupu suami pelakon Eyra Hazali turut terkorban
Pelakon Eyra Hazali memaklumkan salah seorang mangsa nahas helikopter melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlaku di Lumut pagi tadi merupakan ahli keluarganya.
Penggunaan ‘wilayah’ bagi Sarawak bertepatan dengan MA63
Penggunaan wilayah bagi merujuk Sarawak menggantikan negeri adalah bertepatan kerana di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak diiktiraf sebagai wilayah dan bukannya negeri.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah
Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Peperiksaan SPM 2023 berjalan lancar di seluruh negara
Peperiksaan bertulis SPM 2023 yang bermula hari ini melibatkan 395,870 calon di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara.
SPM: Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula hari ini
Ujian Bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM 2023 bermula hari ini membabitkan 395,870 calon berdaftar.
Abang Johari hargai PH tidak letak calon di Jepak
Keputusan itu memberi isyarat bahawa GPS ialah wadah yang tepat dan berupaya mempertahankan hak rakyat Sarawak.
PRK Jepak: GPS pilih bekas Pengarah AADK sebagai calon
GPS mengumumkan bekas Pengarah AADK Iskandar Turkee sebagai bakal calon mereka PRK DUN Jepak.
Keputusan SPMU pada 12 Okt
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2023 akan dikeluarkan 12 Okt ini.
PRK Pelangai: Wakil BN harus dipilih semula, beri kesinambungan perkhidmatan - Zahid
Barisan Nasional (BN) harus dipilih semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang akan datang.
PRK DUN Pelangai: BN Pahang senaraikan enam calon berkaliber
Difahamkan antara nama yang berada dalam senarai tersebut adalah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bentong, Datuk Jamaludin Buyong.
PRN: Lebih 9.67 juta pengundi di enam negeri mengundi hari ini
Lebih 9.67 juta pemilih akan keluar mengundi bagi memilih wakil rakyat kawasan masing-masing untuk tempoh lima tahun akan datang.