#TerimaKasihCikgu, luahan hati ibu pelajar darjah tiga yang ditampar guru

#TerimaKasihCikgu, luahan hati ibu pelajar darjah tiga yang ditampar guru
#TerimaKasihCikgu, luahan hati ibu pelajar darjah tiga yang ditampar guru. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Guru diibarat lilin, membakar diri menerangi orang lain. Itu ungkapan paling sesuai yang digunakan untuk menggambarkan pengorbanan guru sejak dahulu sehingga sekarang.

Seorang ibu kepada pelajar darjah tiga, Zeeda Aziz baru-baru ini menaikkan status di laman sosial Facebook tentang anaknya yang ditampar guru dan tidak mengambil keputusan untuk melaporkannya kepada pihak berkenaan.

Ujarnya, ciri itu merupakan yang dicari selama ini untuk menjadi tutor peribadi kepada anaknya.

Berikut adalah kenyataan status Facebook ibu pelajar darjah tiga yang ditampar gurunya, Zeeda Aziz:


Status facebook Zeeda Aziz yang memberi pujian kepada guru yang menampar anaknya - Gambar Facebook


Zeeda kemudian mengemas kini laman Facebooknya pada 8 September dengan status berikut:

Alhamdulillah, aku banyak menerima feedback yang baik dari guru2, hasil dari luahan melalui status aku tempoh hari.

Aku turut mendapat panggilan telefon dari guru anak aku, bertanyakan tentang status yang ditulis. That article was written to praise her for doing an excellent job as a teacher and Alhamdulillah she accepted it with pride. You earned that, teacher. You are an amazing educator.

Aku tanya Danish hari ini, cikgu mana yg dia paling suka/admire. Without hesitation, Danish jawab, "My English teacher." There you go. Hanya satu tamparan, meninggalkan kesan ke dalam diri dia, dan itu membuatkan Danish sangat berminat dengan kelas Bahasa Inggerisnya.

Ada ibubapa berpendapat hubungan anak dan ibubapa sepatutnya jadi seperti bff. Benarkah ada hubungan bff di zaman ini? Ibubapa balik rumah pegang smartphone, sibuk ber'whatsapp' dan ber'facebook'. Siapa bff anak? TV? Tablet?
Siapa yang mendisiplinkan anak? Upin & Ipin?
Permainan anak2 yang bersepah dikemaskan bibik.
Siapa yg mendidik anak supaya menjadi lebih bertanggungjawab?

Beban ini kemudiannya ditanggung oleh guru2 di sekolah. Pelajar menjadi nakal kerana tidak dipedulikan di rumah. Namun, bila pelajar menerima hukuman, ibubapa bertindak seperti panglima perang datang menyerang. "Usah jentik anak aku, sebab aku sendiri tak pernah marah anak aku di rumah".

Exactly!

Anak yang melihat kuasa ibubapa menekan guru mereka, mula rasa ego mereka mencanak naik. Guru dilihat seperti orang suruhan ibubapa mereka. Ada ibubapa mengherdik guru, mengatakan duit gaji guru adalah hasil dari pembayaran cukai ibubapa ini. Besar sekali lagak ibubapa. Semakin besar kepala anaknya nanti.

Jika kamu tak setuju dengan pemikiran aku, itu bukan masalah bagi aku.
Pada aku, tak semua orang mampu menyandang profession sebagai seorang pendidik. Sedangkan kamu seorang yg terpelajar pun, hantar anak ke tadika untuk belajar ABC, 123. Kenapa tak mengajar sendiri? Sukar bukan?

To all teachers, you have my respect. Dan aku akan cuba pastikan anak2 aku tetap menghormati dan mengingati jasa guru2 mereka supaya mereka sedar, tanpa guru, mereka tak akan jadi orang yg berilmu dan beradab.

"Bapak yang bersalah.. Bapak yang membesarkan Sazali dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. Segala kemahuan Sazali bapak turutkan. Segalanya sudah terlambat" - Anakku Sazali

*Ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Astro AWANI