TERKINI! Kereta polis dilapor memasuki kediaman Najib Razak

TERKINI! Kereta polis dilapor memasuki kediaman Najib Razak
Najib telah memuat naik imej beliau menunaikan sembahyang Terawih di sebuah masjid di ibu negara di Instagram peribadinya sekitar jam 10.15 malam tadi. - Foto Instagram Najib Razak
KUALA LUMPUR: Beberapa buah kereta polis dilihat memasuki kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di ibu negara malam tadi.

Menurut sebuah portal tempatan, lebih 10 buah kereta polis memasuki premis bekas Perdana Menteri tersebut sekitar jam 10.15 malam tadi.

Tidak dapat dikenal pasti kehadiran pihak berkuasa di kediamannya.
Sebelum itu, Najib telah memuat naik imej beliau menunaikan sembahyang Terawih di Masjid Kampung Baru sebelum pulang ke kediamannya sekitar jam 9.50 malam, kira-kira 25 minit sebelum kediamannya dikunjungi rombongan polis itu.

Najib turut memuat naik imej beliau menunaikan sembahyang di Instagram dan Twitter peribadinya sekitar jam 10.15 malam tadi.

BACA: TERKINI! Polis sahkan geledah kediaman Najib




Kru Astro AWANI Israr Khalid dan jurukamera AB Uzza AB Latiff kini berada di kediaman rasmi Najib.

Astro AWANI difahamkan Peguam Najib, Hasnal Rezua Merican dilihat memasuki kediaman Najib bersama seorang wanita pada jam 11.05 malam tadi.

Dalam perkembangan lain, Bernama melaporkan puluhan anggota dan beberapa pegawai kanan Bukit Aman di kediaman peribadi Najib di Pavilion Residence Apartment di ibu negara.


Sekitar jam 12.28 tengah malam tadi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan pasukan polis telah melakukan serbuan untuk menggeledah kediaman Najib di Jalan Langgak Duta.