Anggota bomba terpaksa memecah mangkuk tandas bagi mengeluarkan seorang remaja yang tersepit.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi Jumaat itu, mangsa, P Sharniya, 19, dikatakan tersepit di ruang sempit di tepi mangkuk tandas itu disebabkan saiz badan yang besar menyebabkan mangsa gagal bergerak.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.47 pagi.
Beliau berkata, sepasukan anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Aman Jaya pada pada jam 11.55 pagi di rumah mangsa di Taman Bandar Baru, Bedong, bersama lima anggota dan sebuah jentera.
Mangsa dikeluarkan dalam keadaan sedar dan diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut.
Mohamadul Ehsan berkata, mangsa juga disyaki turut mengalami demam denggi.