Terus kekalkan keamanan pada hari mengundi

Terus kekalkan keamanan pada hari mengundi
ROSLI: Proses membuang undi berjalan lancar dengan kekuatan dan atur gerak yang dirancang secukupnya. - Astro AWANI/Sahlizah Mohamed
SEREMBAN: Polis Negeri Sembilan berharap momentum sepanjang tempoh berkempen dalam keadaan aman selama 14 hari dapat diteruskan sehingga tamat proses membuang undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Rosli Ishak berkata, parti-parti yang bertanding serta penyokong yang hadir perlu elakkan daripada melakukan provokasi terutama kepada pengundi.

“Saya menyeru kepada parti-parti yang bertanding dan penyokong kerana kita telah merayakan 14 hari berkempen dengan aman.
“Saya harap momentum ini dapat dikekalkan dan jangan timbulkan provokasi semasa pengundi hadir ke pusat pembuangan undi,” katanya pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media semasa melakukan pemantauan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Rantau.

Tambahnya, proses membuang undi berjalan lancar dengan kekuatan dan atur gerak yang dirancang secukupnya.

“Kekuatan dan atur gerak telah dilakukan dengan secukupnya. Keselamatan para pengundi pada hari ini akan terjamin dan kita minta semua pengundi keluar awal untuk mengundi pada hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Rosli turut memaklumkan kertas undi awal telah disimpan dengan selamat tanpa sebarang permasalahan dari segi simpanan kawalan dan sebagainya.

“Kami bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memastikan semua peti peti undi tersimpan dengan selamat,” katanya.



Tag: PRK Rantau, pilihan raya, Mohd Rosli Ishak, provokasi, pengundi, SJK Tamil Rantau, Rantau Memilih


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.