Nama pelajar tajaan MARA Nur Fitri Azmeer Nordin kini heboh di portal-portal berita lantaran kes jenayah melibatkan dirinya.

Bekas pelajar jurusan Matematik di Imperial College itu disabitkan bersalah oleh Mahkamah Southwark Crown pada 30 April lepas kerana memiliki lebih 30,000 imej dan video pornografi kanak-kanak.

Semalam, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyuarakan pertimbangan untuk merayu mengurangkan tempoh hukuman lima tahun penjara yang dikenakan ke atas Nur Fitri.

BACA: Pelajar genius Malaysia di London dipenjara lima tahun miliki bahan lucah kanak-kanak

BACA: Pedofil: 'Buat apa nak beri peluang kedua?' - Media Sosial

BACA: KKLW timbang rayu kes pelajar tajaan MARA dihukum penjara di London - Shafie Apdal

Rata-rata rakyat Malaysia dilapor menyuarakan pendapat dan kebimbangan sekiranya permohonan itu diteruskan.

Awal pagi ini, Astro AWANI mengadakan tinjauan bagi merangkumkan pandangan rakyat Malaysia mengenai haja tuju terbaik ke atas tuduhan jenayah yang dihadapi pelajar berusia 23 tahun itu.

survey

Setakat jam 7 petang tadi, majoriti pembaca yang melayari portal Astro AWANI bersetuju bahawa Nur Fitri harus meneruskan hukuman penjara tidak kira di Malaysia atau United Kingdom.

Sebahagian netizen pula berpendapat Nur Fitri boleh dibebaskan daripada hukuman penjara, namun dia wajib hadir untuk sesi kaunseling.

Lebih 3 peratus pembaca pula merasakan Nur Fitri boleh dibebaskan tetapi wajib melapor diri di balai polis pada setiap minggu.

Mahupun kecil, namun sejumlah 2 peratus pembaca bersetuju pelajar yang berasal dari Malim Nawar, Perak itu wajar dibebaskan sekali gus meneruskan pengajian di universiti tempatan.

Nur Fitri ditahan di kediamannya di Queensborough Terrace, West London selepas pihak polis berjaya mengesan akaun internet miliknya yang memuat turun ribuan video dan imej lucah kanak-kanak.

Sebelum ini portal United Kingdom International Business Times melaporkan Nur Fitri akan dihantar pulang ke Malaysia sebaik sahaja dibebaskan daripada hukuman lima tahun penjara.